/Go Kyung Pyo umum tarikh kemasukan khidmat ketenteraannya

Go Kyung Pyo umum tarikh kemasukan khidmat ketenteraannya

Industri hiburan Korea memberi laluan kepada Go Kyung Pyo untuk melaksanakan khidmat negaranya.

 

Pada 20 April hari ini, agensi Go Jung Pyo; CLN Company telah mengeluarkan kenyataan rasmi bagi mengumumkan bahawa pelakon tersebut akan mendaftar sebagai askar aktif pada 21 Mei depan.

Go Kyung Pyo memberikan ulasannya, “Saya akan menunaikan kewajipan saya sebagai seorang lelaki Korea dan akan menamatkan perkhidmatan ketenteraan saya dengan tekun dan penuh bersemangat. Ia mungkin dianggap suatu masa yang panjang dan mungkin sebaliknya bagi sesetengah orang, tetapi saya akan berusaha sebaik mungkin untuk menjadi seseorang yang lebih matang. Terima kasih.”

Agensitersebut juga mendedahkan bahawa pelakon itu merancang untuk mendaftar secara senyap-senyap tanpa mengadakan sebarang majlis perpisahan.

Selamat berkhidmat Go Kyung Pyo!

sumber : Naver

foto dikreditkan seperti tertera

Komentar

comments