Peminat Shinhwa & Wanna One – Bersedia untuk musim baru Law Of The Jungle di Sabah

Musim terbaru Law Of The Jungle bakal tiba.

Kim Byung Man atau ketua puak Law Of The Jungle yang begitu sinonim dengan rancangan ini sedang bersiap sedia untuk memulakan pengembaraan “Law of the Jungle” musim terbaru tidak lama lagi, dan beberapa rakan selebriti yang terlibat  telah diumumkan!

Pada 18 April, sumber dari Moa Entertainment mengesahkan bahawa pelakon Yoon Shi Yoon akan menyertai Kim Byung Man. Agensi tersebut turut menambah, “Dia akan muncul dalam episod terbaru yang menjalani pengembaraan yang di Sabah, dan dia membuat keputusan ini berdasarkan hubungan baiknya dengan pengarah (PD) Min Sun Hong.”

PD Min Sun Hong sebelum ini pernah terlibat untuk siri Law Of The Jungle di New Zealand dan Cook Island. Kedua-duanya mula bertemu ketika bekerja untuk SBS “Barefoot Friends” pada tahun 2013, dan PD dikatakan telah meminta Yoon Shi Yoon untuk muncul di Law Of The Jungle sejak 2014  namun pelakon berkenaan masih terikat dalam perkhidmatan ketenteraannya.

Media juga melaporkan bahawa tiga ahli kumpulan Shinhwa iaitu Eric, Lee Minwoo, dan Andy akan menyertai Yoon Shi Yoon untuk musim terbaru ini.  Sumber dari SBS mengesahkan berita tersebut dan menambah bahawa pelakon itu akan terbang ke Sabah untuk sesi penggambaran mereka pada Mei depan.  Pasti ianya sangat menarik untuk ditonton.

Dan pada 19 April hari ini, wakil program realiti Law the Jungle mengesahkan tiga lagi selebriti bakal muncul untuk musim terbaru. Sumber di SBS memberitahu pemberita DongA.com, “Benar, Ong Seung Woo dan Ha Sung Woon dari kumpulan Wanna One bersama pelakon Lee Da Hee akan muncul untul Law Of The Jungle di Sabah.'”

Kedua-dua ahli Wanna One itu dilaporkan telah menyatakan minat untuk muncul dalam rancangan ini sejak tahun lepas, tetapi dek kerana pertindihan jadual, mereka tidak dapat ikut serta.  Sementara itu, Lee Da Hee kembali  lagi ke “Law of the Jungle” untuk kali kedua selepas muncul dalam musim di Cook Island Januari lepas.

Lee Da Hee, Ong Seong Woo, dan Ha Sung Woon akan menyertai  Yoon Shi Yoon dan ahli kumpulan Shinhwa; Eric, Lee Minwoo, dan Andy.

Law Of The Jungle di Sabah akan memulakan penggambaran pada Mei depan dan dijangka akan disiarkan pada sekitar Julai tahun ini. Pastinya kombinasi ahli-ahli terbaru puak Byung Man ini ditunggu ramai dan rasanya ada yang sudah tidak sabar untuk menontonnya.

Orang-orang Sabah khasnya dan peminat-peminat di Malaysia umumnya, sudahkah anda bersedia?

Sumber : sports.donga OSEN   |   Naver   |   mydaily     

Komentar

comments

You may also like...