Yoon Doojoon sah terajui Let’s Eat 3 disamping Baek Jin Hee

Akhirnya, Yoon Doo Joon telah mengesahkan kemunculan beliau buat kali ke-3 untuk drama sekuel Let’s Eat. Kali ini beliau akan digandingkan bersama Baek Jin Hee.

Baca juga : Mungkinkah Yoon Doojoon kembali beraksi dengan tvN – Let’s Eat 3 bersama Baek Jin Hee?

Pada awal 11 April, sumber dari tvN telah mengesahkan bahawa kedua-dua pelakon tersebut telah menerima tawaran untuk membintangi drama Let’s Eat 3.

“Let’s Eat” pertama kalinya telah disiarkan pada tahun 2013 dan mendapat sambutan apabila ia menggambarkan gaya serta pemilihan pemakanan bagi seseorang yang tinggal bersendirian. Musim kedua drama ini menyusul pada tahun 2015.

Ini Yoon Doo Joon serasi bersama siri drama Let’s Eat apabila beliau buat kali ke-3  menjadi teraju utama dengan membawakan watak Goo Dae Young. Kemunculan terbaru Baek Jin Hee akan ikuti jejak dua teraju wanita untuk dua musim lepas iaitu Lee Soo Kyung dan Seo Hyun Jin.

Sumber tvN juga mendedahkan bahawa Let’s Eat 3 bakal ditayangkan pada Julai depan selepas drama You Who Forgot Poetry dan About Time.

Sudahkah anda bersedia untuk menemui Goo Dae Young dan nikmati pelbagai lagi makanan yang menyelerakan?

sumber : xportnews

Komentar

comments

You may also like...