Song Ji Hyo dan Chun Jung Myung menolak tapi Yeo Jin Goo pertimbang Absolute Boyfriend versi Korea

Para peminat Song Ji Hyo pastinya sedih kerana pelakon terbabit dikatakan menolak tawaran membintangi drama Absolute Boyfriend versi Korea atau Romantic Comedy King. Diberitakan juga pelakon Chun Jung Myung turut menolak tawaran berlakon tersebut.

Pada 10 April iaitu semalam, sumber dari agensi Song Ji Hyo mengesahkan, “Beliau menerima tawaran untuk membintangi Romantic Comedy King tetapi akhirnya beliau memutuskan untuk menolak tawaran berkenaan.”

Terdahulu, agensi Chun Jung Myung juga turut berkongsi informasi menyatakan bahawa pelakon tersebut juga menolak tawaran membintangi drama berkenaan.

Bagaimanapun, Yeo Jin Goo kini dalam proses perbincangan untuk membawakan watak Young Goo, iaitu sebuah robot yang direka untuk menjadi teman lelaki yang sempurna bagi seorang wanita.

Romantic Comedy King adalah sebuah karya adaptasi dari siri manga Jepun Boyfriend Absolute. Jika sebelum ini media melaporkan bahawa OCN bakal menyiarkan drama Romantic Comedy King, wakil OCN mengesahkan pada semalam bahawa rangkaian terbabit tidak akan menyiarkan drama bersiri  ini.

Sumber : newsenxportnews   | mydaily  

Komentar

comments

You may also like...