/Seoul Garden tawar makanan Korea dan kualiti masa bersama tersayang

Seoul Garden tawar makanan Korea dan kualiti masa bersama tersayang

Annyeong,

Untuk pengetahuan semua terutama ahli Persatuan Pengkritik dan Peminat Korea (KMania), kami baru sahaja mengadakan Mesyuarat Agung kali ke-2 pada 17 Mac lepas.  Sejajar dengan matlamat kami yang cintakan makanan Korea terutamanya, kali ini kami memilih restoran Seoul Garden di Sunway Putra Mall. Bukan sahaja tujuan kami menganjurkan mesyuarat semata-mata, kami juga mengambil peluang ini untuk berkumpul serta mengeratkan silaturrahim dengan ahli-ahli kelab.

Apa yang boleh kami katakan, mesyuarat kami berjalan dengan lancar di Seoul Garden dan nikmati momen yang indah bersama ahli-ahli yang hadir.

Baiklah, kami fokuskan pada Seoul Garden kali ini.  Seoul Garden merupakan rangkaian restoran makanan Korea di Malaysia yang sememangnya menepati citarasa kami yang punya selera Korea. Memiliki 36 cawangan berkonsepkan buffet dan 15 cawangan berkonsep ala-carte ‘Hot Pot’, Seoul Garden merupakan peneraju restoran makanan berkonsepkan Korea.

Bagi kami Seoul Garden adalah tempat untuk korang menikmati kualiti masa yang sempurna bersama yang tersayang.

Seperti yang ramai sedia maklum Seoul Garden, telah beroperasi sejak tahun 2007, dan memperkenalkan makanan berkonsepkan ala Korea yang memenuhi selera dan citarasa rakyat Malaysia. Seoul Garden juga menyediakan daging perapan yang istimewa kepada pelanggan-pelanggan, iaitu seperti daging perapan perisa kopi, ‘spicy bulgogi, teriyaki dan pelbagai lagi.

 

Pengunjung juga boleh memilih masakan Asia yang disediakan dan juga pilihan menu buffet yang terdiri dari 150 jenis pilihan. Selain daripada konsep ‘steamboat’ dan barbeku, Seoul Garden juga mempunyai konsep ala-carte iaitu Seoul Garden HotPot yang memfokuskan menu-menu hidangan seperti Bibimbap, Hotpot, Hotplate dan banyak lagi. Dari makanan yang berat, setengah berat hinggalah pencuci mulut seperti buah-buahan juga ais krim. Anda juga boleh nikmati minuman sejuk dan juga panas. Jadi, tiada masalah pada mereka yang tidak menggemari minuman yang sejuk.

insta : https://www.instagram.com/p/BgaRQQmH58y/?taken-by=kmania.my

Bagaimanapun, Seoul Garden Sunway Putra Mall adalah berkonsepkan buffet steamboat dan barbeku. Kebanyakkan daripada kami memilih kimchi dan tomyam soup untuk steamboat. Agak spicy tapi rasanya menambat hati kami dan ianya adalah pilihan tetap pada sesetangah dari kami yang mengunjungi Seoul Garden. Sebelum kami lupa, Seoul Garden Sunway Putra Mall terletak di L3.27.

Kami tahu sensitiviti rakyat Malaysia apabila berkaitan dengan makanan. Ramai yang mempersoalkan status halal Seoul Garden ini. Seoul Garden di sekitar Malaysia kini telah pun mendapat pensijilan Halal dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Pensijilan ini menandakan komitmen Seoul Garden bagi menyediakan yang terbaik kepada para pelanggan kami. Sehingga kini, 26 cawangan Seoul Garden telah pun menerima pengiktirafan Pensijilan Halal dari JAKIM.

Kami sentiasa berusaha untuk menawarkan yang terbaik kepada pelanggan-pelanggan kami. Persijilan Halal dari JAKIM adalah bukti komitmen yang tinggi dari kami kepada hampir 80% pelanggan Melayu kami bahawa kami sangat komited dalam memberikan yang terbaik kepada mereka serta memenuhi standard yang ditetapkan. Selain daripada itu, Seoul Garden akan terus mengekalkan pensijilan Halal ini dan akan sentiasa mengharapkan dengan adannya pensijilan Halal ini ianya akan dapat memberikan lebih tarikan kepada semua untuk terus berkunjung ke restoran kami tanpa rasa ragu-ragu.- Pn. Zuryanti, Eksekutif Halal, Seoul Garden.

So, don’t worry guys. You still can enjoy your meal at Seoul Garden. Kalau masih lagi ragu-ragu, korang boleh semak status halal Seoul Garden melalui Portal Halal.  

Seoul Garden mensasarkan lebih banyak cawangan di seluruh Malaysia bagi memastikan semua orang berpeluang untuk mencuba makanan yang disediakan. Sehingga kini, Seoul Garden telah pun mempunyai lebih daripada 70 buah restoran di tujuh buah negara; Malaysia, Singapura, Philippines, Vietnam, Indonesia, Myanmar dan Brunei.

Antara gaya kami nikmati makanan di Seoul Garden.

insta : https://www.instagram.com/p/BgaTqaInQYB/?taken-by=kmania.my

Apapun, kami menikmati hidangan yang disediakan dengan baik sekali sehingga kekenyangan. Kami juga menikmati kualiti masa bersama rakan-rakan sambil bergelak ketawa serta berkongsi cerita. Disebabkan tarikh mesyuarat kami jatuh pada hari karnival Matta Fair di PWTC, Seoul Garden Sunway Putra Mall memang dipenuhi dengan pelanggan. Jadi kami amat berterima kasih di atas layanan yang diberi oleh pihak Seoul Garden terutamanya Manager On Duty on that day Mr. Joey.

Ini adalah senarai harga yang dikenakan oleh Seoul Garden. Bagaimanapun, harga mungkin berubah tertakluk pada pihak pengurusan Seoul Garden. Seoul Garden beroperasi dari 11.30 pagi sehingga 10.30 malam.

So, guys kalau korang juga sama seperti kami who love Korean Food, kunjungilah mana-mana Seoul Garden setelah korang pasti ianya halal. Nikmati sajian yang disediakan tapi nasihat kami biarlah berpada janganlah membazir ya. Kami yakin Seoul Garden dapat memenuhi selera anda.

Untuk mengetahui promosi yang dibuat oleh Seoul Garden Malaysia, anda boleh ikuti  Seoul Garden Group Malaysia FB pageSeoul Garden Klang Valley Facebook page dan laman rasmi Seoul Garden Malaysia.   

 

Komentar

comments