/[Terkini] Oh Yeon Seo dan Kim Bum sah berpacaran

[Terkini] Oh Yeon Seo dan Kim Bum sah berpacaran

Lagi berita menyaksikan pasangan selebriti berpacaran!

Pada 29 Mac, agensi-agensi Kim Bum dan Oh Yeon Seo telah mengesahkan bahawa kedua-dua pelakon itu kini berpacaran setelah media melaporkan keduanya dilihat bertemu janji bersama. Laporan itu juga menyatakan bahawa Kim Bum dan Oh Yeon Seo menjadi  lebih rapat selepas bertemu disebuah majlis perjumpaan dan keduanya dilihat senang berbua antara satu dengan lain.  Hubungan persahabatan yang terjalin akhirnya bertukar menjadi hubungan cinta setelah keduanya saling tertarik.

Sumber dari agensi Oh Yeon Seo, Celltrion Entertainment menjelaskan, “Selepas drama Hwayugi berakhir pada awal bulan Mac, mereka menjadi kawan dalam satu majlis perjumpaan dan secara semulajadinya ia bertukar apabila keduanya mula bertemu janji. Mereka menaruh minat antara satu sama lain dan kini dalam proses mengenali hati budi. “


“Sumber dari agensi Kim Bum Starship Entertainment pula turut mentakan perkara yang sama apabila keduanya bermula sebagai kawan dan akhirnya bertukar menjadi pasangan yang bercinta. Bagaimanapun, keduanya masih lagi diperingkat awal untuk mengenali hati budi masing-masing.

Tahniah kami ucapkan kepada Oh Yeon Seo dan Kim Bum!

Sumber : mydailymydaily 2news.tf

Kredit foto : mydaily

Komentar

comments