Pelakon “Winter Sonata”, Choi Ji Woo dilaporkan berkahwin senyap-senyap

Choi Ji Woo yang terkenal dengan lakonan air mata, telah pun disahkan berkahwin pada tengah hari ini, Khamis (29 Mac 2018) menerusi kapsyen yang dimuatnaik di dalam laman fanpage beliau.

Melalui kapsyen yang mengejutkan orang ramai dan tak berjaya dihidu pihak media selama ini, Choi Ji Woo berkata ,

“Saya mungkin mengejutkan kalian kerana saya mahu kongsikan satu pengumuman penting.”

“Hari ini, 29 Mac ialah hari di mana saya sudah mengikat tali perkahwinan dengan seseorang sahabat dengan dihadiri keluarga terdekat. Saya berharap perkahwinan ini dipenuhi dengan kasih sayang.”

Tambahnya lagi, Choi Ji Woo memohon maaf kerana tak memaklumkan berita ini lebih awal.  YG Entertainment turut mengesahkan dengan mengatakan bahawa Choi Ji Woo dan suaminya sudah berkenalan lebih setahun.

Choi Ji Woo, merupakan pelakon korea paling sensasi pada tahun 2000-an dengan membintangi drama-drama popular Korea seperti KBS Winter Sonata, SBS Stairway To Heaven, dan terbaru sekali menerusi drama tvN The Most Beautiful Goodbye In The World yang disiarkan pada akhir tahun 2017. Beliau pernah tercalon 2 kali Best Actress menerusi tvN Twenty Again dan SBS Suspicious Housekeeper dalam CARI Kdrama Awards.

Sumber: yonhap news

Komentar

comments

You may also like...