Drama termahal SBS “Vagabond” menawarkan Lee Seung Gi dan Shin Sung Rok bersama?

Industri kdrama biasanya sangat optimistik apabila menimbangkan pasaran di luar negara terutamanya di China. Maka, pihak produksi SBS telah mengambil risiko dengan menerbitkan drama yang dijangkakan oleh mereka bakal membawa pulangan yang menguntungkan.

Dengan kerjasama dibuat oleh Celltrion Entertainment, SBS akan menayangkan drama berjudul “Vagabond” yang dikatakan menelan belanja sebanyak 20 billion won (lebih kurang RM 72 juta) yang bakal diarahkan oleh pemenang Best Director Paeksang Art Awards 2017, Yu In Sik. Yu In Sik telah diakui sebagai pengarah yang mahir dalam aksi ‘suspens’ dan mendebarkan seperti beliau lakukan di dalam drama perubatan, SBS Romantic Doctors Teacher Kim dan drama aksi kepolisan, SBS Mrs. Cop. Oleh sebab itu, SBS telah memberikan kepercayaan penuh buat pengarah ini dengan kos yang mahal sedemikian.

SBS Vagabond  yang bertemakan perisikan, berkisarkan tentang seorang lelaki yang hidup seperti biasa tetapi secara tidak semena-mena terjebak dalam kemalangan yang menyaksikan krisis rasuah sesebuah negara sehingga menyebabkan nyawanya terancam. Lee Seung Gi ditawarkan watak lelaki berkenaan, dan beliau dijangka akan mempamerkan aksi-aksi menggerunkan untuk tujuan memenuhi tuntutan watak tersebut. Namun begitu, beliau sehingga kini belum menerima tawaran tersebut secara rasmi meskipun namanya pernah tersenarai oleh Celltrion Entertainment melalui ‘posting’ dibuat mereka pada 21 Februari lepas. Ia turut menambah kemungkinan bahawa Oh Yeo Seo juga digandingkan bersama Lee Seung Gi sekali lagi selepas tvN Hwayuki memandangkan Oh Yeo Seo merupakan artis di bawah naungan syarikat hiburan tersebut yang diketuai oleh pelakon Lee Beom Soo.

Apapun begitu, seorang lagi pelakon khabarnya telah pun mengesahkan penglibatannya di dalam drama ini, yakni pelakon Shin Sung Rok. Beliau akan menjadi pengarah NIS (agen perisikan negara) bernama Kim Tae Woong yang akan menampilkan Lee Seung Gi sebagai salah seorang agen tersebut. Ditulis oleh Jang Young Cheol (“MBC Empress Ki”, “SBS History of Salaryman”) iaitu penulis skrip yang pernah berkolaborasi dengan pengarah Yu In Sik sebelum ini, SBS Vagabond  dijangka ditayangkan pada pertengahan tahun 2018 ini.

Sumber: sedaily , joins, news1

 

Komentar

comments

You may also like...