/Sampai di sini saja – Jinsub IN2IT

Sampai di sini saja – Jinsub IN2IT

 

Pada 26 Mac lalu, agensi pengurusan IN2IT; MMO Entertainment telah memaklumkan kepada peminat bahawa Jinsub tidak akan bersama lagi dengan kumpulan tersebut ekoran berdepan masalah kesihatan. Jinsub disahkan telah menderita  penyakit Meniere, iaitu gangguan dalam telinga  yang boleh menyebabkan simptom seperti vertigo, tinnitus, dan kehilangan pendengaran yang dihadapinya sejak sekian lama.

Menurut agensi itu juga, IN2IT kini dalam proses untuk buat kemunculan semula dan mereka kini sedang berkerja keras untuk memberikan yang terbaik untuk peminat mereka. Disebabkan itu, mereka dapati keadaan menjadi agak sukar untuk Jinsub yang menderita penyakit Meniere. Oleh yang demikian, mereka berpendapat kesihatan Jinsub adalah keutamaan mereka dan dengn itu dia tidak dapat untuk meneruskan perjuangannya bersama IN2IT. MMO Entertainment juga berharap agar peminat terus menyokong Jinsub dan mendoakan agar Jinsub segera pulih.

Jinsub juga telah menulis sepucuk surat kepada peminatnya selepas pengumuman bahawa dia tidak lagi akan terlibat dalam aktiviti dengan IN2IT.


“Hello IN2U semua, ini Kim Jinsub.

“Pertama sekali, terima kasih yang tidak terhingga kerana terus menyayangi serta menyokong IN2IT dan Jinsub IN2IT. Saya amat gembira dan berbesar hati kerana dapat mencapai impian saya. Terima kasih di atas sokongan anda kerana tanpa anda saya tidak akan berada di sini.

“Bagaimanapun, seperti yang pengumuman rasmi yang dibuat, saya tidak dapat meneruskan perjalanan saya sebagai Jinsub IN2IT.

“Saya telah berbincang dengan pihak pengurusan dan ahli-ahli kumpulan sebelum ini. Setelah mengambilkira pelbagai aspek dan pertimbangan saya menerima keputusan ini kerana saya tidak mahu membebankan ahli-ahli lain yang akan melakukan promosi secara aktif.

“Walaupun saya tidak akan lagi bersama IN2IT, saya akan terus kuat dan berusaha keras supaya saya dapat berdiri di hadapan anda sekali lagi kelak.

“Teruskan menyokong IN2IT , dan saya akan berusaha keras supaya saya dapat berjumpa anda sekali lagi, dengan lebih sihat dan matang.”

sumber : twitlonger | xsportnews

Photo credit as stated.

TAGS:

Komentar

comments