Peluang untuk bertemu pelakon Gang Dong Won di Malaysia. Adakah anda bertuah?

Pelakon Korea Gang Dong Won buat julung kalinya akan berada di Malaysia pada 03 April 2018 ini. Selepas debut hampir 15 tahun lamanya, Gang Dong Won akan mengadakan sesi sidang media bersama media tempatan dan juga pertemuan tertutup bersama peminat. Gang Dong Won mula debut  sebagai model pada tahun 1999 dan secara perlahan-lahan beliau mula berjinak-jinak dalam bidang lakonan.

Menerusi filem Temptation of Wolves pada tahun 2004, Gang Dong Won telah mendapat pelbagai pencalonan dan memenangi Best New Actor serta Most Popular Actor (filem) dalam beberapa majlis penghargaan filem. Seusai perjalanan masa, berbekalkan skill lakonan hebat, beliau telah membintangi beberapa naskhah filem yang telah menjadikan filem berkenaan box office antaranya Too Beautiful to Lie, Jeon Woo-chi: The Wizard Taoist, Maundy Thursday, Voice of a Murderer dan Secret Reunion.  Gang Dong Won juga membintangi filem Violent Prosecutor dan Master pada tahun 2016 yang mana keduanya telah mencatatkan rekod kutipan tertinggi di Korea Selatan.

Pada Disember 2017, Gang Dong Won melangkah lebih jauh dalam kerjaya lakonannya dan menyahut cabaran untuk membintangi filem Hollywood pertama iaitu  Tsunami LA yang diarahkan oleh Pengarah terkenal Simon West. Selepas sesi lawatan beliau ke Asia ini, Gang Dong Won akan berlepas ke Los Angeles sebagai persediaannya untuk filem Tsunami LA yang akan memulakan pengambaran di Britain dan Bulgaria.

Dalam sesi lawatan pertamanya ke Malaysia,  Gang Dong Won akan mengadakan sesi bertemu peminat secara tertutup  dan hanya 100 orang peminat bertuah akan dijemput. Untuk maklumat lanjut mengenai fan meeting bersama Gang Dong Won  dan bagaimana untuk mendapatkan jemputan, jangan lepaskan peluang anda dengan follow iMe Asia Facebook, Instagram iMe Asia, WeChat, Line & Twitter iMe. Anda mungkin salah seorang daripada 100 peminat yang bertuah!

Komentar

comments

You may also like...