/Lee Sang Yeob dan Lee Jong Suk kembali bersatu dalam Death Song

Lee Sang Yeob dan Lee Jong Suk kembali bersatu dalam Death Song

Nampaknya Lee Sang Yeob akan bergandingan sekali lagi dengan Lee Jong Suk setelah drama SBS – While You Were Sleeping. Drama Death Song ini juga turut dibintangi oleh Shin Hye Sun dan juga Lee Ji Hoon.

Pada 27 Mac semalam, agensi Lee Sang Yeob, Daydream Entertainment telah mengesahkan, “Lee Sang Yeob akan muncul dalam Death Song sebagai Kim Hong Ki, anak orang kaya dan juga tunang Yun Sim Deok (Shin Hye Sun). lee Sang Yeob akan mempamerkan chemistry yang hebat bersama dengan pelakon lain. “

Baca juga : Shin Hye Sun dan Lee Ji Hoon sertai Lee Jong Suk dalam kisah cinta tragis Death Song


Drama dua siri Death Song ini mengisahkan kisah cinta tragis penyanyi wanita soprano terkenal Yun Sim Deok (Shin Hye Sun) dan penulis drama hebat  Kim Woo Jin (Lee Jong Suk). Ia akan diarahkan oleh pengarah Park Soo Jin yang telah mengarahkan drama hebat seperti Doctor dan While You Were Sleeping. Lee Sang Yeob dikatakan membuat keputusan untuk membintangi drama ini kerana beliau dan PD Park Soo Jin  pernah bekerja bersama menerusi drama While You Were Sleeping.

Death Song akan memulakan penggambarannya pada pertengahan April.

Sumber : news1

Komentar

comments