Shin Hye Sun dan Lee Ji Hoon sertai Lee Jong Suk dalam kisah cinta tragis Death Song

Ketiga-tiga mereka ini pernah berlakon bersama menerusi drama School 2013. Nampaknya selepas hampir lima tahun mereka kembali berlakon bersama.

Pada 15 Mac yang lalu, agensi Shin Hye Sun; KNK Entertainment telah mengesahkan bahawa pelakon tersebut bersetuju memainkan watak utama dalam siri drama pendek SBS – Death Song disamping Lee Jong Suk. Lee Jong Suk sebelum ini menyatakan persetujuan menyertai drama ini tanpa menerima sebarang bayaran.

Baca juga : Lee Jong Suk setuju bintangi kisah cinta tragis dalam drama Death Song

Shin Hye Sun

Shin Hye Sun bakal membawakan watak sebagai Yun Sim Deok iaitu penyanyi bersuara soprano pertama yang mengecapi zaman kegemilangannya di Korea.

Dalam temubual bersama Shin Hye Sun baru-baru ini, beliau menjelaskan “Pertama kali saya mendengar cerita Yun Sim Deok dan Kim Woo Jin melalui radio sebelum saya debut dan ada sesuatu yang romantis mengenainya yang membuat jantung saya berdebar-debar. Saya sangat teruja saat mengetahui saya diberikan peluang untuk membawakan watak Yun Sim Deok ini. “

Dia meneruskan, “Walaupun jadual penggambaran agak ketat, ianya wajar kerana ini merupakan satu siri pendek. Bagaimanapun, saya juga agak tertekan dengan dengan penyampaian lakonan saya tetapi memandangkan sebuah karya yang saya sangat teruja, jadi saya tidak akan melepaskan peluang ini.

Kali terakhir Shin Hye Sun dan Lee Jong Suk bekerjasama adalah lima tahun yang lalu, menerusi drama School 2013. Shin Hye Sun mengaku bahawa beliau teringin untuk bergandingan lagi dengan Lee Jong Suk dan turut menyatakan ramai kenalannya memuji profesionalisme Lee Jong Suk.

“Lee Jong Suk adalah pelakon senior yang berjaya. Kenalan di sekeliling saya mengatakan bahawa saya boleh mempelajari banyak perkara daripada beliau, jadi walaupun kesuntukan masa, saya bercadang untuk mempelajari sebanyak mungkin daripadanya. “

Lee Ji Hoon

Pada tarikh yang sama (15 Mac), seorang wakil dari agensi Lee Ji Hoon mengesahkan bahawa beliau akan menyertai drama Death Song sebagai Hong Nan Pa, yang merupakan sahabat kepada Kim Woo Jin (Lee Jong Suk) dan Yun Sim Deok (Shin Hye Sun).

Seperti Shin Hye Sun, ini juga adalah kali pertama dalam tempoh lima tahun Lee Ji Hoon akan bergandingan semula dengan Lee Jong Suk selepas drama School 2013.

Death Song adalah sebuah lagu yang dikeluarkan pada tahun 1926 oleh soprano Yun Sim Deok, yang menjadi penanda aras  permulaan lagu-lagu moden di Korea. Sebuah filem dengan judul yang sama, yang dibintangi oleh Jang Mi Hee, telah diterbitkan pada tahun 1991 dan ia juga telah dipentaskan secara muzikal. Drama ini akan menceritakan kisah cinta tragis Yun Sim Deok dan penulis drama genius Kim Woo Jin, serta turut fokus mengenai beberapa perkara yang sebelum ini tidak diketahui umum.

Death Of Song bakal memulakan penggambarannya sekitar pertengahan April depan.

Sumber : tvreportOSEN  |  star.mt      

Komentar

comments

You may also like...