/Ha Suk Jin sebagai orang gaji suruhan Bona WJSN dalam KBS Your House Helper?

Ha Suk Jin sebagai orang gaji suruhan Bona WJSN dalam KBS Your House Helper?

Bona daripada kumpulan WJSN akan kembali semula ke kdrama sebaik saja mengesahkan penglibatannya di dalam drama bersiri KBS Your House Helper yang turut menggandingkan Ha Suk Jin sebagai heronya.

Drama ini mengisahkan Kim Ji Woon, seorang lelaki yang baru berhenti kerja yang terpaksa merendahkan egonya untuk bekerja sebagai orang gaji atau pembantu rumah kepada banglo yang dihuni oleh seorang ‘mistress’ bernama Imelda Young dilakonkan oleh Bona. Dia lahir daripada keluarga yang hebat (bapa seorang peguam dan ibu pula seorang doktor) tetapi kerana tak mahu menurut hati keluarganya, dia bertindak bekerja sebagai pembantu rumah. Bagaimanapun, Imelda Young pula seorang yang agak naif dan mengimpikan pekerjaan orang kebanyakan seperti pengurus iklan seperti dipelajarinya semasa di Seoul National University. Kerana itu juga, dia bekerja sebagai ‘pelatih’ di sebuah syarikat pengiklanan.

Ini merupakan drama ke-2 Bona yang menampilkan dirinya sebagai watak utama selepas KBS Lingerie Generations dan drama terbaru Ha Suk Jin selepas MBC Radiant Office.

KBS Your House Helper merupakan adaptasi webtoon yang juga menggunakan tajuk yang sama. Ditulis oleh Kim Ji Soon dan diarahkan oleh Jeon Woo Sung (KBS Strongest Deliveryman) , drama ini bakal disiarkan sebaik saja KBS Suit selesai.

Sumber: is.plus , news1

Komentar

comments

Admin Kmania.