/Yang Se Jong & Shin Hye Sun bersemuka untuk SBS Thirty But Seventeen ?

Yang Se Jong & Shin Hye Sun bersemuka untuk SBS Thirty But Seventeen ?

Drama terbaru terbitan SBS tampaknya akan menggandingkan Yang Se Jong dan Shin Hye Sun sebagai pasangan cinta buat pertama kalinya. Kedua-duanya baru saja menerima tawaran berkenaan dan sedang menimbangkannya.

Diberi judul sebagai “Thirty But Seventeen”, ianya ditulis oleh penulis skrip bernama Jo Sung Hee yang terkenal dengan nukilan drama MBC She Was Pretty. MBC She Was Pretty merupakan sebuah drama bergenre romantik komedi lakonan Hwang Jung Eum dan Park Seo Jeon sehingga menyebabkan Hwang Jung Eum menerima pencalonan Best Actress 4th CARI Kdrama Awards melalui lakonan berkesan sebagai watak ‘Jackson’ yang diparodikan. Menurut laporan berita, Shin Hye Sun dikatakan akan membawakan watak sebagai pemain violin genius bernama Woo So Ri yang bangkit semula pada usia 30 tahun selepas koma selama 13 tahun. Woo So Ri masih mengekalkan sifat keanak-anakan remaja walaupun sudah berusia 30 tahun.   Tiada maklumat jelas tentang watak apakah yang bakal dipegang oleh Yang Se Jong.

Yang Se Jong sebelum ini pernah membintangi drama SBS Temperature of Love  manakala Shin Hye Sun pula menyerlah dengan drama mingguan KBS My Golden Life pada akhir tahun lepas sehingga meraih nilaian rating sebanyak 45% dan dengan watak pendakwaraya junior mengagumkan di dalam tvN Forest of Secret. Shin Hye Sun dan penulis skrip Jo Sung Hee pernah bergandingan sama sebelum ini di dalam MBC She Was Pretty di mana dia menjayakan watak kekasih kepada adik pelakon Park Yoo Chun. Dalam pada masa yang sama, Shin Hye Sun turut mempertimbangkan tawaran membintangi drama dua episod SBS Death Song  bersama Lee Jong Suk.

Sumber: OSEN , hankyung

Komentar

comments

Admin Kmania.