Wanna One tunjukkan aksi mengejutkan di hadapan penonton

Dalam sesi temubual bersama juruacara MBC Radio Star, Kang Daniel dan Oh Seung Woo mengejutkan Seung Ri (artis jemputan) apabila mereka dengan mudahnya menarik kulit muka mereka seolah-olah kulit muka mereka sangat elastik. Ketiga-tiga ahli Wanna One tersebut mengeluarkan kedua-dua giginya menampakkan mereka seperti arnab.

Kang Daniel kemudiannya mempersembahan tarian yang tak pernah disaksikan penonton sebelum ini sebaik saja dipinta oleh juruacara.

Dalam episod temubual ini juga, Seung Ri cuba memparodikan balik insiden terakam secara tak sengaja Wanna One yang berlaku kelmarin di mana mereka terpaksa memohon maaf secara rasmi di hadapan para netizen. Temubual ini sebagai langkah untuk mempromosikan single “Boomerang” dan menjelaskan kontroversi insiden rakaman tak sengaja yang berlaku kelmarin.

https://www.youtube.com/watch?v=h5Zg8VbiVTY

 

Komentar

comments

You may also like...