tvN My Mister : Cinta tak mengenal usia dan kesusahan

Percayakah anda lelaki tua yang dihimpit tekanan hidup juga layak untuk menghirup kebahagian? Mereka mungkin bukan siapa-siapa di dunia ini dan mungkin tak dipedulikan langsung masyarakat yang hidup senang. Bagi yang tak mampu menahan tekanan hidup juga ada yang mengambil nyawa sendiri. Tetapi kadang-kala, mereka tampak naif dalam soal cinta, seolah-olah seperti bayi yang baru lahir. Mereka baru kenal erti cinta setelah bertahun-tahun menongkah arus kesusahan.

tvN My Mister mencerakinkan kisah sekumpulan lelaki bujang terlajak usia yang menganggap diri mereka seperti saudara kandung bekerja keras untuk memastikan mereka dapat hidup di dunia serba moden ini. IU akan membawakan watak sebagai anak gadis muda, Lee Ji An yang mengalami kesukaran hidup kerana hidupnya bagaikan kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Dia kehilangan ibubapanya pada usia 6 tahun dan terpaksa bergantung hidup pada nenek yang sakit (dilakonkan oleh Na Moon Hee). Sehingga pada suatu hari, dia menemui seorang lelaki berusia 40-an yang mempunyai nasib lebih kurang sama sepertinya.

Lee Sung Kyun sebagai Park Dong Hoon akan menjadi harapan utama Lee Ji An. Mereka hidup bersama-sama sebagai adik-beradik ‘angkat’ saling membantu mengubah hidup ke arah lebih baik. Park Dong Hoon ialah abang ke-2 daripada 3 orang adik-beradik yang bekerja sebagai juruteknik sebuah syarikat pembinaan yang mementingkan aspek keselamatan. Dia seorang yang pendiam tetapi agak romantik.

Buat pengetahuan peminat kdrama, drama ini merupakan cetusan hebat hebat pengarah Kim Won Suk yang mahir dalam menterjemahkan keberkesanan lakon layar seperti dilakukannya menerusi drama KBS Cinderella’s Sister, KBS Sunkyunkwan Scandal, tvN Misaeng dan tvN Signal walaupun daripada penulis skrip yang berbeza. Teknik pengarahannya sangat mampan dan jelas serta mudah difahami penonton. tvN Signal dan tvN Misaeng dinobatkan sebagai drama Korea terbaik sepanjang zaman sehingga meraih kemenangan dua kali Best Director CARI Kdrama Awards. Drama ini ditulis sepenuhnya oleh Park Hae Young, iaitu penulis skrip tvN Oh Hae Young.

tvN Mister akan disiarkan bermula 21 Mac 2018 pada setiap hari Rabu dan Khamis di cenel tvN.

Trailer:

https://www.facebook.com/cjtvngo/videos/235820730322793/

Komentar

comments

You may also like...