[Terhangat!!!] Sekilas sidang media Wanna One hari ini

Satu berita baik buat peminat Wanna One se-Malaysia. Wanna One akan melancarkan album mini berjudul “0+1=1” bermula hari ini disusuli dengan single “Boomerang”. Ia juga merupakan album ketiga dikeluarkan selepas “1×1=1” dan “0+1=1” yang menampilkan single seperti Promise dan Energetic.

Dalam satu sidang media sebentar tadi, Wanna One sangat bertekad untuk membuat kemunculan semula walaupun pada masa sama mereka akui berhadapan dengan tekanan tentang kejayaannya.

“Kami mahu hadiahkan sesuatu berharga buat peminat. Kami sudah lama tak buat ‘comeback'” kata salah seorang ahli Wanna One.

0+1=1 mempunyai maksudnya tersendiri. “0” bermakna cincin yang mengikatkan janji sebuah percintaan manakala “+ 1″ berjumpa dengan seseorang dan menjadi satu. ” = 1″  pula bermaksud cincin yang disarungkan ke jari sebelahnya sebagai tanda janji kesetiaan.

“Tahun lepas, saya tak cukup merasai kasih sayang walaupun mendapat keputusan yang sangat baik. Wannabales banyak bantu saya untuk terus maju. Saya akan pastikan muzik kami akan sentiasa kena dengan selera mereka , ” tambah Kang Daniel sambil bergurau mesra.

Baca di sini => ulasan konsert Wanna One julung-julung kali diadakan di Malaysia pada dua bulan lepas.

Wanna One merupakan antara  kumpulan Kpop paling berjaya pada tahun lepas di belakang EXO dan BTS. Kemenangan bersejarah sebagai “Best Newcomer Artist” dalam kesemua majlis anugerah tahun lepas membuktikan kehebatan kumpulan yang dianggotai 10 orang anak-anak muda ini.  Video Klip  “Boomerang” boleh diamati di laman youtube pada lewat petang ini.

https://www.youtube.com/watch?v=GDj5wCEYlsk

Foto dikreditkan pada sumbernya. Sumber artikel: hankookilbo

 

Komentar

comments

You may also like...