Park Bogum sudah jumpa cinta hatinya di Kuala Lumpur

Tanggal 15hb Mac hari Khamis yang lalu, telah berlangsungnya siri jelajah sempena pelancaran telefon pintar Galaxy S terbaru mereka, Galaxy S9 dan Galazy S9+ bertempat di pusat membeli-belah Pavilion Kuala Lumpur. Semasa sesi pelancaran untuk telefon pintar Samsung Note8/8+ pada tahun lalu, pihak Samsung Malaysia telah membawakan pelakon wanita popular dan cantik dari program realiti tv Running Man Song Jihyo dari Korea Selatan tetapi pada kali ini pihak Samsung telah memilih pelakon lelaki popular yang memiliki gigi yang tersusun cantik yang terkenal dari drama rantaian Reply 1988 dan Love in the Moonlight iaitu Park Bo Gum sebagai duta untuk keluaran terbaru Samsung. Kehadiran beliau pada kali ini bukanlah kunjungan beliau yang pertama di mana pada hujung tahun 2016 beliau pernah menjejakkan kaki di sini dalam siri jelajah Asia ‘Oh Happy Day’.

Siapa sangka dengan perkhabaran dari pihak Samsung Malaysia yang cukup singkat yang tidak sampai seminggu saja, kita didatangi dengan pelakon sensasi dari Korea Selatan ini – Park Bo Gum yang telah berjaya menggegarkan pusat membeli-belah Pavilion  Kuala Lumpur dengan kehadiran seramai lebih 3000 peminat. Walaupun majlis tersebut berlangsung pada pertengahan minggu, ia bukanlah alasan untuk peminat melepaskan peluang bertemu secara dekat dengan beliau. Malah, para peminat telah mula membanjiri pusat membeli-belah tersebut seawal jam 8 pagi dalam mencuba nasib untuk mendapatkan 1000 pas peminat yang hanya diedarkan oleh pihak penganjur pada pukul 2 petang. Beliau yang santai dengan berkemeja ungu pastel dan berseluar putih, telah meluangkan masa selama 30 minit di atas pentas bagi mempromosi keluaran telefon pintar yang terbaru daripada Samsung ini.

Apabila ditanya apakah satu ciri dari telefon terbaru Samsung Galaxy S9 yang beliau gemari oleh Serena C selaku pengacara majlis tersebut, beliau menyukai ciri ‘wide angle’ dan emoji yang terdapat pada model terbaru telefon tersebut. Beliau juga turut memberikan kejutan menggunakan ciri super slow-mo kerana mahu merakam saat-saat manis bersama peminat pada saat ini setelah lebih setahun Bo Gum tak berada di sini. Beliau juga ditanyakan soalan di antara durian dan strawberi, buah apakah yang ingin dicubanya. Jawapan ringkasnya ialah durian disusuli dengan strawberi, menunjukkan bahawa pelakon yang tercalon Best Supportin Actor CARI Kdrama Awards ini bukanlah seorang yang cerewet dalam soal memilih makanan.

Park Bo Gum juga berkesempatan untuk mencuba secara langsung pada ciri super slow-mo bersama-sama 3 orang peminat yang terpilih dan bertuah. Tanpa rasa kekok, beliau membuat aksi-aksi yang disuruh oleh pengacara majlis sambil ditonton oleh peminat-peminat yang berada di situ. Sebelum beliau berundur diri, beliau sempat menyuarakan hasrat supaya rakyat Malaysia memberi sokongan yang padu dengan model keluaran Samsung yang terbaru ini. Beliau juga berjanji akan membuat kemunculan semula di kaca televisyen dalam drama terbaru pada tahun ini juga. Pelakon kacak lagi berbakat yang bernaung di bawah pengurusan syarikat Blossom Entertainment ini juga bakal mengadakan sesi bertemu peminat beliau selama dua hari di bandar Seoul pada 31 Mac dan 1 April 2018 yang diberi nama ‘For You to Blossom’.

Pada siri telefon pintar Galaxy S9/S9+ model terbaharu ini, Samsung memperbaharui kecekapan kamera telefon pintar tersebut kepada kamera berevolusi seperti mata manusia. Dengan kelebihan lensa ‘Dual Aperture’ yang direka bagi berfungsi seperti mata manusia, ia dapat bertukar secara automatik dalam pelbagai keadaan pencahayaan bagi memberikan hasil gambar yang lebih hebat tidak kira sama ada dalam situasi yang terang atau gelap, siang mahupun malam. Jadi, ini merupakan satu kelebihan kepada mereka yang gemar mengetip gambar dalam sebarang situasi.

Selain itu, siri telefon pintar ini juga menawarkan kelebihan pada video gerak perlahan (slow-mo) kepada tahap yang lebih hebat iaitu ‘Super Slow-mo’. Dengan pengambilan video yang berkelajuan yang luar biasa; 960 bingkai sesaat, pengguna boleh menunjukkan kemahiran dan bakat dalam menghasilkan satu video yang hebat. Malahan, video tersebut boleh diedit secara terus dengan menambah muzik secara rawak dari senarai lagu-lagu pilihan sendiri ke dalam video sebelum berkongsi dengan keluarga atau rakan-rakan anda. Dengan menawarkan harga bermula dari RM 3,299 dengan variasi 3 pilihan warna menarik dan trendy, ini adalah satu pelaburan yang terbaik bagi pengguna telefon pintar yang gemarkan perbaharuan dan cabaran. Dapatkan telefon pintar tersebut dengan harga promosi, rebate serta tawaran hadiah-hadiah menarik sepanjang 3 hari (16 – 18 Mac 2018) siri jelajah di Malaysia di lokasi berhampiran anda; Pavilion Kuala Lumpur, Queensbay Mall Penang dan Aeon Bandar Dato Onn Johor Bahru.

Akhir kata, mari saksikan ungkapan mesra daripada Park Bo Gum – “Aku Cinta Padamu” di bawah ditujukan buat peminatnya, yakni cinta hatinya di Malaysia.

https://www.instagram.com/p/BgWbN6GH506/

Komentar

comments

You may also like...