/Selepas 7 tahun, Hwang Jung Eum setuju ‘reunite’ dengan Nam Goong Min dalam Handsome Guy and Jung Eum

Selepas 7 tahun, Hwang Jung Eum setuju ‘reunite’ dengan Nam Goong Min dalam Handsome Guy and Jung Eum

Hwang Jung Eum dan Namgoong Min telah menyatakan persetujuan untuk membintangi drama SBS terbaru.

Akhirnya kedua pelakon ini bakal menghiasi tv anda menerusi drama Hoon Nam Jung Eum (Handsome Guy and Jung Eum) untuk slot drama Rabu dan Khamis akan datang.

“Hoon Nam Jung Eum atau Handsome Guy and Jung Eum” adalah mengisahkan tentang Hoon Nam, seorang lelaki yang dikategorikan sebagai pakar cinta tetapi menolak untuk memberikan komitmen dalam perhubungan. Manakala Jung Eum, seorang atlet menyelam yang mempunyai impian untuk bercinta dan berkahwin akan menjadi dewi cinta di mana dia akan memastikan impiannya itu menjadi kenyataan. Ia akan diarahkan oleh Kim Yoo Jin, yang terkenal dengan karya-karyanya seperti drama seperti “Tamra the Island,”


Pada 14 Mac, selepas beberapa minggu sejak Hwang Jung Eum menerima tawaran ini, akhirnya beliau telah menyatakan persetujuan untuk membintangi drama ini. Aktres itu menjelaskan keputusannya, sambil berkata, “Saya terarik dengan drama ini yang menyentuh perasaan ketika pertama kali membaca skrip. Saya teruja untuk memulakan penggambaran drama seolah-olah saya akan pergi untuk sebuah percutian. Saya ingin menggambarkan perasaan keterujaan saya ini kepada penonton.” Hoon Nam Jung Eum (Handsome Guy and Jung Eum) akan menjadi drama pertamanya dalam tempoh dua tahun selepas drama MBC –  Lucky Romance.

Namgoong Min sebelum ini mengesahkan bahawa beliau akan membawakan watak hero drama ini iaitu Hoon Nam. Beliau menyatakan, “Saya tertarik dengan watak Kang Hoon Nam, seorang pakar percintaan. Saya mengharapkan untuk menunjukkan sisi lain saya yang belum pernah anda lihat sebelum ini.” Drama ini akan menjadi drama pertama Nam Goong Min dan Hwang Jung Eum disatukan kembali setalah membintangi drama MBC Can You Hear My Heart tujuh tahun lalu iaitu pada tahun 2011.

Hoon Nam Jung Eum (Handsome Guy and Jung Eum) akan disiarkan pada bulan Mei depan, selepas drama Return dan Switch : Change The World.

Sumber : sports.donga | yonhapnews

Komentar

comments