MBC Come Here and Hug Me jadikan Jang Ki Yong sebagai hero drama?

Produksi MBC mungkin akan mengambil risiko dengan menampilkan pelakon muda baru sebagai hero utama drama terbitan mereka, iaitu Jang Ki Yong.Jika dilihat risiko diambil SBS untuk meletakkan pelakon muda tak dikenali seperti Yang Se Jong sebagai hero drama SBS Temperature of Love, masakan Jang Ki Yong tak mampu untuk lakukannya. Ia semestinya peluang besar buat Jang Ki Yong yang sering muncul dengan watak pelakon pembantu selama ini dalam KBS Go Back Couple terutamanya.

MBC Come Here and Hug Me dikatakan berkisarkan tentang kedua-dua lelaki dan wanita yang terpaksa hidup dalam takdir yang terikat antara mereka kerana terbabit dalam tragedi pembunuhan pada masa lepas.Nam Joo Hyuk dan Bae Suzy pernah ditawarkan sebagai pelakon utama drama ini tetapi telah ditolak mereka sebaik-baiknya.

Drama ini diarahkan oleh PD Choi Joon Bae dan ditulis oleh Lee Ah Ram. Ia akan disiarkan selepas MBC Let’s Hold Hands Tightly and Watch The Sunset selesai ditayangkan.

Sumber:  is plus 1 , is plus 2

 

Komentar

comments

You may also like...