/Lee Jong Suk setuju bintangi kisah cinta tragis dalam drama Death Song

Lee Jong Suk setuju bintangi kisah cinta tragis dalam drama Death Song

Lee Jong Suk akhirnya setuju bintangi drama pendek terbaru SBS.

Pada 12 Mac, SBS menyatakan, “Lee Jong Suk telah mengesahkan bahawa beliau akan muncul untuk drama pendek Death Song. Beliau memutuskan untuk menerima tawaran ini tanpa mengenakan sebarang bayaran untuk menunjukkan rasa cinta dan sokongan beliau terhadap karya drama pendek ini. Disamping itu, beliau juga ingin memberikan sokongan kepada PD Park Soo Jin yang sebelum ini telah mengarahkan drama lakonan beliau iaitu While You Were Sleeping,”.

Death Song adalah tajuk sebuah lagu paling popular yang dinyanyikan oleh penyanyi soprano pertama Korea, Yun Sim Deok yang diterbitkan pada tahun 1926. Kisah hidup Yun Sim Deok telah difilemkan dan dipentaskan secara muzikal. Bagaimanapun, drama terbitan SBS ini akan menampilkan sesuatu yang berbeza, kerana ia bukan sahaja menceritakan tentang kisah cinta tragis Yun Sim Deok dan Kim Woo Jin, tetapi ia akan memaparkan siapakah sebenarnya Kim Woo Jin yang selama ini tidak ditonjolkan kepada umum.


Lee Jong Suk akan membawakan watak sebagai Kim Woo Jin, iaitu seorang penulis drama yang hebat. PD Park Soo Jin sempat berkongsi dan menyatakan, “Saya yakin Lee Jong Suk dapat menggambarkan dengan sempurna kedua-dua sisi Kim Woo Jin sebagai seorang pencinta yang setia dan seorang lelaki yang penuh dengan cita-cita. Saya juga sangat berterima kasih kepada Lee Jong Suk kerana bukan sahaja beliau setuju untuk membintangi drama pendek ini tetapi kerana beliau memutuskan untuk tidak menerima bayaran untuk kemunculannya. “

Nantikan perkhabaran terkini mengenai drama Death Song ini.

Sumber : tvReport

Komentar

comments