Lee Jong Suk – Antara terus kekal atau berubah angin selepas tamat kontrak dengan YG Entertainment

Pada 12 Mac, media melaporkan bahawa kontrak Lee Jong Suk bersama YG Entertainment bakal tamat pada awal Mei ini. dilaporkan bahawa kontrak Lee Jong Suk dengan YG Entertainment berakhir pada awal Mei depan.

Baca Juga: Lee Jong Suk setuju bintangi kisah cinta tragis dalam drama Death Song

Menurut wakil daripada industri, Lee Jong Suk telah menerima banyak panggilan daripada pelbagai agensi apabila kontrak dua tahun yang diikat bersama YG Entertainment menjadi bualan. Bagaimanapun, Lee Jong Suk kini sedang membuat perkiraan samada terus kekal bersama YG Entertaiment atau memilih untuk bernaung dengan agensi yang baru.

Sebagai maklum balas perkara ini, pihak YG Entertainment memberitahu belum ada kata putus dicapai berhubung dengan kontrak Lee Jong Suk yang bakal berakhir kelak. Sebelum itu, media melaporkan bahawa Lee Jong Suk setuju membintangi drama pendek dua siri terbitan SBS – Death Song.

Sumber : sports.donga

Komentar

comments

You may also like...