5 Trivia Menarik Tentang Park Bo Gum yang korang perlu tahu

Pihak Samsung Malaysia baru sahaja mengumumkan satu berita gembira kepada para pengguna tegar alat komunikasi mereka yang mana Samsung bakal mengeluarkan siri telefon pintar Galaxy S terbaru mereka, Galaxy S9 dan Galaxy S9+. Tapi bukan itu saja, malah mereka juga akan membawa pelakon terkenal dari Korea Selatan Park Bo Gum dalam siri jelajah mereka di sini. Artis kelahiran bandar Seoul ini akan menemui peminat di pusat membeli-belah Pavilion Kuala Lumpur pada 15 Mac 2018 jam 6.30 petang bagi sesi pelancaran koleksi terbaharu telefon pintar tersebut. Berita ini adalah satu perkhabaran yang cukup menggembirakan bagi peminat beliau untuk melihat beliau dengan lebih dekat setelah lebih dari setahun beliau sunyi dari muncul di kaca televisyen mahupun di layar perak.

Pada tanggal 10 Disember 2016, merupakan tarikh bersejarah di mana Kuala Lumpur telah dipilih sebagai ‘pit-stop’ pertama dalam siri jelajah Asia beliau. Beliau yang popular dengan drama rantaian Reply 1988 dan Love in the Moonlight telah dipilih sebagai duta bagi keluaran terbaru telefon pintar Samsung Galaxy S9 pada tahun ini. Nama Park Bogum telah diangkat sebagai salah seorang calon dalam 2015 4th CARI KDrama Award dalam kategori ‘Best Supporting Actor’ untuk drama rantaian ‘Hello Monster’ dan juga sebagai salah seorang calon dalam 2016 5th CARI KDrama Awards bagi kategori ‘Popular Actor’ untuk drama rantaian ‘Love in the Moonlight’.

Peminat beliau sungguh tidak sabar untuk menonton keberkesanan lakonan beliau di dalam drama rantaian mahupun layar perak setelah beliau berehat dari sebarang aktiviti lakonan sepanjang tahun 2017 dengan memberi lebih perhatian kepada kehidupan beliau sebagai seorang pelajar universiti. Beliau telah berjaya menamatkan pelajaran beliau di Universiti Myongji dalam aliran Teater Musikal dan bergraduasi pada bulan Februari baru-baru ini.

Sebelum mengakhiri , kami senaraikan 5 trivia menarik tentang Park Bo Gum:

1. Suka minum air susu kotak seperti Choi Taek dalam tvN Reply 1988

Pernah ditanya adakah dia juga penggemar minuman bersusu, Park Bo Gum berkata Choi Taek pun suka minum susu kotak seperti dirinya juga. Kalau ada CF mengenai produk tenusu di kemudian hari, dia berharap dia dipilih.
2. Lebih gemar menaiki subway berbanding kenderaan peribadi

Tak dapat dinafikan Park Bo Gum memang gemar menaiki kenderaan awam kerana baginya sangat mudah untuk bergerak ke sana-sini. Tetapi, akhirnya dia memutuskan untuk melupakannya saja apabila semakin dikenali gara-gara drama KBS Moonlight Drawn By Clouds yang menyebabkannya terpaksa melayan kerenah peminat di dalam subway. Tapi, sekali-sekala ada juga melihat kelibat Park Bo Gum di dalam subway walaupun cuba diselindung.
3. Anak yatim tanpa ibu sejak kecil

Park Bo Gum akui Choi Taek lebih dekat dengan dirinya, seperti juga Choi Taek, dia juga kehilangan ibu dan mengharapkan kasih sayang sepenuhnya daripada ayah. Dia menangis seketika dalam program Youth Over Flowers apabila teringat ibunya yang meninggal dunia sewaktu darjah 4.https://www.youtube.com/watch?v=zFLuIfnt_Os

4. Berbakat dalam memainkan alat muzik

Sejak kecil lagi, Park Bo Bum sudah melatihkan dirinya dengan teknik piano dengan  harapan dapat menjadi  pemain piano terkenal suatu hari nanti. Di atas sebab itu juga, pengarah KBS Naeil's Cantabile tanpa ragu-ragu memilih Park Bo Gum untuk membawakan watak pemain cello di atas kelebihan dimilikinya itu. Orang yang berpengalaman dalam muzik saja tahu akan penderitaan emosi apabila hilangnya satu-satunya deria yang menggerakkan alat muzik dimainkannya sekian lama.
5. Bo Gum itu sendiri bermaksud "Pedang yang dihargai" dalam karakter Cina

Park Bo Gum pernah dikejutkan dengan pemberian "pedang" semasa sesi pertemuannya bersama peminat di Hong Kong. Tak sangka dihargai sebegitu, dia terus menerimanya dengan rela hati. "Bo Gum" itu membawa maksud pedang digunakan untuk menghalau aura jahat memisahkan cinta. Pemberian itu semestinya agak dekat dengan watak putera raja di dalam KBS Moonlight Drawn By Clouds.

Jangan lupa saksikan kehadiran Park Bo Gum di Kuala Lumpur pada 15 Mac 2018 ini!

https://www.facebook.com/kmaniamy/videos/725577041166622/

 

Komentar

comments

You may also like...