/Si cantik yang peramah Lee Sung Kyung buat peminat Malaysia sangat menyenanginya

Si cantik yang peramah Lee Sung Kyung buat peminat Malaysia sangat menyenanginya

 

Pada 7 dan 8 Mac yang lalu, Laneige telah membawakan duta jenama mereka, model serta pelakon jelita Lee Sung Kyung ke Malaysia. Kehadiran kali kedua Lee Sung Kyung kali ini bagi melancarkan bedak asas kusyen terbaharu, LANEIGE Layering Cover Cushion. Dengan motto Real Me Real Perfect, seolah ianya bersesuaian dengan imej Lee Sung Kyung yang memiliki kecantikan semulajadi.

Sempena pelancaran ini, kehadiran Lee Sung Kyung sangat dinanti-nantikan oleh peminatnya di Malaysia. Masakan tidak, peminat berpusu-pusu membanjiri Pavilion, Kuala Lumpur untuk bertentang mata dengan artis kesukaan mereka. Lee Sung Kyung sempat berkongsi tip-tip kecantikan secara peribadi dengan para peminatnya.

Lee Sung Kyung tidak jemu melambai serta mempamerkan simbol love buat peminatnya. Senyuman langsung tidak lekang dibibir manisnya.

Pada 8 Mac, satu sidang media mengenai pelancaran produk ini diadakan bertempat di St.Regis, Kuala Lumpur. Ramai pengamal media terutamanya untuk slot kecantikan hadir pada sesi tersebut. Sememangnya kehadiran Lee Sung Kyung adalah yang ditunggu-tunggu.

 

Tampil dengan dress pendek  biru turquoise sudah cukup membuatkan pelakon Weightlifting Fairy Kim Bok Joo ini nampak manis dan cantik. Seperti biasa, beliau kelihatan sangat friendly, mesra melayani para peminat, bijak berinteraksi dengan peminat biarpun secara body gesture, dan yang penting beliau sentiasa tersenyum.

Yang pasti Lee Sung Kyung kelihatan cantik semula jadi dan seakan tidak puas untuk memandangnya. Ketika ditanya mengenai projek terbaru, Lee Sung Kyung memberitahu drama terbaru beliau bertajuk About Time akan disiarkan di tvN sekitar Mei depan dan sebuah filem lakonan beliau juga bakal ditayangkan pada tahun ini.

 

Sebelum beredar, Lee Sung Kyung sangat berterima kasih di atas sokongan yang ditunjukkan oleh peminatnya di Malaysia. Berjanji akan cuba memberikan yang terbaik, beliau juga berharap untuk kembali lagi ke Malaysia.

Sedikit mengenai LANEIGE Layering Covering Cushion

LANEIGE Layering Covering Cushion direka dengan manfaat mekap yang lengkap, bag memberikan liputan yang sempurna, bertahan lebih lama, serta kemasan kulit yang lembap dan separa pusam. Sekaligus, menjadikannya asas mekap yang paling sempurna. Bedak asas kusyen 2-in-1 ini didatangkn dengan pasangan concealing base serta layering cushion untuk liputan yang tinggi serta mengelakkan warna bedak asas daripada menjadi gelap.

Jom saksikan klip video iklan LANEIGE Layering Covering Cushion ini dahulu

LANEIGE Layering Covering Cushion kini boleh didapati dengan harga RM145 di semua kaunter dan butik LANEIGE di seluruh negara. Didatangkan dengan warna rose gold, pastinya ia akan menarik minat ramai wanita diluar sana.

Cabutan Bertuah dikalangan media

Bercerita mengenai event pada 8 Mac lalu, team KMania sebenarnya tidak mengetahui bahawa cabutan bertuah akan diadakan. Pemenang cabutan bertuah akan memenangi LANEIGE Layering Cover Cushion disamping dapat bergambar dengan Lee Sung Kyung.

Seperti kebiasaan, kami akan meninggalkan biz card kami kepada pihak penganjur. Rupa-rupanya melalui biz kad itulah pemenang cabutan bertuah dipilih. Tanpa disangka, team KMania telah terpilih menjadi orang bertuah yang pertama. Terkejut, speechless dan gembira sehinggakan tidak dapat berkata apa-apa. Yang pasti, Lee Sung Kyung memang sporting, friendly dan semestinya ia akan menjadi kenangan terindah buat team KMania.

Apapun, jutaan terima kasih diucapkan kepada penganjur, Brandthink Malaysia kerana sudi menjemput kami. Kami hargai penat lelah pihak penganjur dalam memastikan majlis berjalan dengan jayanya. Buat LANEIGE terutama LANEIGE Malaysia,  (FB dan IG) terima kasih kerana mengeluarkan produk untuk memastikan wanita sentiasa kelihatan jelita. Semoga produk LANEIGE ini akan menjadi inspirasi buat semua wanita diluar sana untuk sentiasa kelihatan sempurna. Akhir sekali, buat aktress Lee Sung Kyung, semoga terus melakar kejayaan dan kami menantikan drama terbaru anda About Time.

Photo credited to LANEIGE Malaysia.

Komentar

comments