/“Sandeul B1A4 bukan perogol itu” – WM Entertainment

“Sandeul B1A4 bukan perogol itu” – WM Entertainment

 

Tak habis-habis lagi mengenai kempen #metoo yang begitu menular di seluruh pelusuk dunia, bukan saja di Hollywood malah di Korea Selatan juga. Ramai selebriti terpalit dengan pendedahan dibuat oleh rakyat marhaen antaranya termasuklah Oh Dal Su, Jo Jae Hyun dan Jo Min Ki.

Kali ini, Sandeul atau nama sebenarnya Lee Jung Hwan daripada kumpulan idol Kpop popular, B1A4 turut terkena tempias gara-gara spekulasi netizen selepas pendedahan dilakukan oleh seorang gadis di dalam laman sosialnya bermula semalam. Namun, label WM Entertainment cepat-cepat menafikan penglibatkan Sandeul sebagai lelaki yang didakwa sebagai perogol kepada gadis itu.

Pada awal pagi tadi, seorang gadis mendakwa dia dirogol oleh seorang idol dinamakan sebagai A merangkap kawan sekolahnya, yakni seorang vokalis kumpulan tertentu pada enam tahun yang lepas. Menguatkan dakwaannya, kumpulan itu debut sekitar tahun 2010-2011. Gadis tersebut berkata bahawa berikutan kempen #metoo , dia merasakan inilah masanya untuk menceritakan malam dia dirogol dengan rakusnya oleh A sehingga membuatkannya trauma dan tak dapat tidur malam memikirkan tragedi yang menimpanya.


Idol itu tanpa rasa bersalah menceritakan pada kawan-kawannya bahawa mereka hanya berhubungan seks dengan sukarela walhal dia sebenarnya diperkosa tanpa rela oleh A. Disebabkan A akan debut tak lama lagi, A segera membalas mesejnya berharap dia melupakan saja peristiwa tersebut dan mencapai kebahagiaan dengan teman lelakinya.

Sandeul bersama kumpulan idol B1A4. Dari kiri: Gongchan, Sandeul, Jun Ji Young, Baro, dan CNU.

Kini setelah enam tahun berlalu, gadis tersebut seakan-akan memiliki kekuatan untuk mencerahkan balik  peristiwa sedih yang berlaku enam tahun lalu. Dia kembali berbalas mesej dengan pelaku berkenaan dengan harapan A mengaku bersalah. Namun, jawapan diterimanya hampa. A hanya mengungkapkan maaf berulang-ulang kali tapi tiada tindakan diambilnya untuk bertanggungjawab terhadap kelakuan itu.

Kecewa dengan tindakan A, gadis itu segera memuatnaikkan pengakuannya di laman sosial sehingga menjadi tular sejak pagi tadi. Sandeul menjadi suspek utama yang didakwa sebagai perogol tersebut.

Sumber: OSEN1

 

Komentar

comments

Admin Kmania.