Mungkinkah Lee Jong Suk bawa watak seorang penulis yang genius dalam drama SBS-Death Song?

Lee Jong Suk, selaku pemenang Popular Actor di 6th CariKdrama Award 2017 menerusi drama While You Were Sleeping bakal muncul dengan sebuah drama baru.

Pada 9 Mac, media melaporkan bahawa pelakon tersebut akan muncul dalam drama SBS yang terbaru iaitu Death Song. Sumber dari agensi Jong Suk, YG Entertainment mengulas perkara ini dengan menyatakan, “Lee Jong Suk kini dalam proses  mempertimbangkan tawaran untuk membintangi drama pendek dua episode SBS ini. “

Drama ini adalah remake daripada sebuah filem tahun 1991 yang berkisarkan kisah sebenar. Dengan tajuk yang sama, Death Song mengisahkan Yun Sim Deok,  seorang penyanyi bersuara soprano pertama yang telah mengecapi kemasyuran di Korea dan kekasihnya, seorang penulis yang genius Kim Woo Jin. Filem ini juga pernah dipentaskan secara muzikal.

Jika Lee Jong Suk menerima tawaran tersebut, dia akan memegang watak lelaki utama yang membawa watak Kim Woo Jin. Drama ini juga mungkin menyatukan kembali Lee Jong Suk dan PD Park Soo Jin, di mana kedua-duanya pernah bekerjasama menerusi drama SBS – While You Were Sleeping yang ditayangkan tahun 2017.

Bagaimanapun, tiada sebarang maklumat lanjut mengenai tarikh penyiaran drama dua siri ini.

Sumber: Naver | mydaily

nota : Drama While You Were Sleeping telah membolot hampir kesemua kategori yang dipertandingkan pada 6th CariKdrama Award 2017. Antaranya, Popular Actor dan Actress,  Favorite Drama dan Couple Of The Year. Ini juga merupakan kali pertama Lee Jong Suk memenangi kategori Popular Actor selepas dicalonkan sebanyak 5 kali berturut-turut. Untuk senarai penuh, sila baca 6th CariKdrama Awards

 

Komentar

comments

You may also like...