Kekasih Song Ji Hyo ialah seorang android di dalam “Absolute Boyfriend” versi Korea

OCN berminat untuk mengadaptasikan semula drama jepun popular, Absolute Boyfriend yang diberi judul sebagai ‘Romcom King’. Song Ji Hyo telah disahkan memegang watak seorang wanita yang agak kurang pandai bersosial dan memiliki android sebagai pasangan kekasihnya. Beliau akan membawakan watak Riiko Izawa yang pernah dilakonkan oleh Aibu Saki dalam versi drama Jepun.

Drama Absolute Boyfriend yang juga diadaptasikan daripada siri manga jepun dengan tajuk yang sama oleh mangaka Watase Yuu, mengisahkan tentang robot (android) bernama ‘Night Tenjo’ yang telah diprogramkan untuk menjadi sorang kekasih yang sempurna. Riiko Izawa ialah seorang wanita yang begitu teringin untuk memiliki teman lelaki, dan dia akhirnya memiliki robot tersebut yang dikenali sebagai Night Tenjo. Bagaimanapun, ianya bakal mewujudkan situasi percintaan tiga segi apabila seorang lelaki dipejabat Riiko juga menaruh perasaan terhadapnya.

Drama ini bakal ditulis oleh Yang Hyuk Mun (jtbc Mirror of The Witch) dan diarahkan oleh PD Jung Jung Hwa. Jung Jung Hwa pernah mengarahkan drama yang berkonsepkan sama iaitu tvN Flower Boy Next Door yang memaparkan kisah seorang gadis yang suka menyendiri di dalam biliknya sehingga dia menemui lelaki yang mengubah hidupnya menjadi lebih baik. Tiada maklumat lagi siapakah bakal menjadi ‘Night Tenjo’ versi Korea. Maka dengan penglibatan Song Ji Hyo dalam drama ini, beliau akan meninggalkan program realiti tv SBS Running Man buat sementara.

Sumber: OSEN

Komentar

comments

You may also like...