[Terkini] Park Shin Hye dan Choi Tae Joon dilaporkan berpacaran

Wah, panas berita pagi ini. Park Shin Hye dan Choi Tae Joon dilaporkan sedang berpacaran!

Menurut pelbagai sumber dari industri hiburan Korea, kedua-dua pelakon itu telah berpacaran selama setahun. Kedua-duanya adalah pelajar di Universiti Chung Ang dan perhubungan mereka mulai rapat selepas mereka debut. Sebelum ini desas desus mengatakan Park Shin Hye berpacaran dengan Lee Jong Suk selepas mereka berlakon bersama dalam drama Pinocchio. Nampaknya, itu hanyalah sekadar gosip makcik bawang.

Suatu sumber melaporkan bahawa Park Shin Hye dan Choi Tae Joon biasanya akan bertemu disekitar lokasi Park Shin Hye berada dan juga dikatakan sering melepak bersama kenalan rapat mereka.  Menurut sumber ini, rakan-rakan Choi Tae Joon menyedari akan perhubungan mereka berdua.

Bagaimanapun, pada tahun lepas, kedua-duanya menafikan laporan yang mengatakan mereka berpacaran atas alasan peribadi. Namun, mereka dilaporkan tetap meneruskan hubungan.

Sebagai maklumbalas berkenaan perkara ini, sumber dari agensi Choi Tae Joon berkata mereka sedang memastikan perkara ini dengan pelakon tersebut. Manakala agensi Park Shin Hye memberitahu bahawa mereka akan mengambil masa untuk mendapatkan kepastian dari pelakon terbabit kerana dia kini berada di Paris.menyemak dengan pelakon itu, dan agensi Park Shin Hye menyatakan bahawa ia akan mengambil sedikit masa untuk memeriksa dengan pelakon itu kerana dia kini berada di Paris.

Stay tune korang for more update!

Sumber : sbsfune | OSEN

Komentar

comments

You may also like...