Selamat berkhidmat Jung Yong Hwa

Jung Yong Hwa adalah ahli kumpulan CNBLUE yang pertama memdaftarkan diri untuk khidmat ketenteraan.

Baca juga : Jangan keruhkan lagi keadaan dan biar polis jalankan siasatan hingga selesai,” rayu Jung Yong Hwa

Pada hari ini 5 Mac, jam 1 petang waktu Korea Selatan, Jung Yong Hwa telah melaporkan diri  ke pusat latihan rekrut Bahagian Infantri ke-15 secara senyap-senyap. Beberapa peminatnya dari serata dunia turut hadir untuk menghantar pemergian Yong.

Sehari sebelum dia mendaftarkan diri,  Jung Yong Hwa sempat mengucapkan selamat tinggal kepada peminat dengan foto potongan rambut barunya di media sosial. Menerusi twitter milik Jung Yong Hwa, dia menulis, “Hello semua, saya akan melaporkan diri untuk jalani khidmat ketenteraan esok. Semoga anda sentiasa menjaga kesihatan anda, dan saya harap anda semua impian anda akan tercapai. Saya akan kembali dalam keadaan yang dbaik, jadi jangan risau tentang saya, dan saya berharap hidup anda semua akan dilimpahi dengan kebahgiaan!  Selamat tinggal untuk tempoh 2 tahun ini!

Selepas menjalani latihan asas selama lima minggu, Jung Yong Hwa akan menjadi askar aktif dengan tugasan yang akan diberikan kepadanya kelak. Dia akan menamatkan khidmatnyapada 4 Disember 2019.

Semoga Yong Hwa baik-baik saja dan selamat menjalani khidmat ketenteraan dengan penuh semangat!

Sumber : xsportsnews

Komentar

comments

You may also like...