Jangan keruhkan lagi keadaan dan biar polis jalankan siasatan hingga selesai,” rayu Jung Yong Hwa

Kami amat bersimpati dengan nasib Jung Yong Hwa CNBLUE ini.

Pada awal hari ini, pelbagai media melaporkan bahawa Polis Metropolitan Seoul telah mengemukakan kes yang melibatkan Profesor Lee dari Universiti Kyunghee, Yonghwa CNBLUE, penyanyi Jo Gyu Man, usahawan Kim, bersama dua yang lain, ke Pejabat Pendakwa di Seoul (Supreme Prosecutor’s Office) untuk tindakan selanjutnya.

Polis telah membuat kesimpulan berkaitan tuduhan bahawa Yonghwa, Jo Gyu Man, dan Kim telah diterima masuk ke Universiti Kyunghee walaupun mereka gagal menghadiri temuduga yang dijalankan. Menurut laporan, Profesor Lee adalah orang yang bertanggungjawab memberikan markah temuduga kepada tertuduh dan kemudian beliau meyakinkan para pembantunya untuk menutup mata sehingga melangkaui peraturan yang ditetapkan. Akhirnya ketiga-tiga tertuduh diberikan markah palsu.

Yonghwa, bagaimanapun akan melaporkan diri menjalani khidmat ketenteraan pada 5 Mac ini. Dia juga sempat berkongsi perasaannya berkaitan perkara ini menerusi instagramnya.

Baca kenyataan Yonghwa di bawah:

Hello, ini Jung Yonghwa.
Segala-galanya yang telah pun terjadi dan kini, setiap hari, setiap masa saya berada dalam ketakutan. Saya memilih untuk berdiam diri kerana siasatan masih lagi dijalankan dan saya tidak ada hak untuk terus memperkatakan perkara ini sehingga semuanya berakhir. Sebagaimana permohon maaf saya yang lalu, saya memang benar-benar maksudkannya. Jika memang saya telah melanggar peraturan yang telah ditetapkan,  ia memang salah saya, dan saya akan bertanggungjawab  sepenuhnya dalam perkara ini.

Bagaimanapun, saya ingin bercakap mengenai beberapa salah faham yang terjadi. Kes ini adalah berkaitan proses penerimaan masuk saya untuk mengikuti program kedoktoran dalam bidang seni muzik gunaan [applied arts (practical music)].Apa yang saya faham, untuk memasuki bidang ini, seorang professor itu akan melihat kebolehan dan kemampuan calon dalam bidang seni menerusi portfolio yang dihantar. Oleh itu, untuk proses temuduga, ianya bergantung pada budi bicara professor tersebut.

Sebelum diterima masuk, saya ada bertemu dengan profesor saya di bilik latihan bagi membolehkan beliau untuk mendengar lagu-lagu ciptaan saya samada yang telah dikeluarkan mahupun dalam proses penghasilan. Saya akui tidak mendapatkan penerangan penuh mengenai proses kemasukan yang sebetulnya dan saya mengandaikan proses temuduga itu boleh dilakukan tetapi atas budi bicara professor.  Adalah tidak benar sama sekali bahawa saya memilih untuk melanjutkan pengajian kerana saya ingin menangguhkan latihan ketenteraan saya. Saya seorang lelaki warganegara Korea dan saya percaya bahawa saya mesti memenuhi kewajipan saya terhadap negara saya. Saya juga seringkali memperkatakan mengenai kemasukan menjalani khidmat ketenteraan semasa ditemubual.

Sejujurnya, saya tidak fikir ianya penting untuk mencari siapa yang patut dipersalahkan dalam perkara ini.  Sebaliknya, saya akan menumpukan perhatian kepada permohonan maaf dengan seikhlasnya atas tindakan saya dan saya akan cuba lakukan yang terbaik agar kejadian seumpama ini tidak berlaku lagi. Saya ingin meminta maaf kepada rakan-rakan selebriti yang sedikit sebanyak telah terjejas oleh tindakan saya. Saya akan memberikan kerjasama sepenuhnya dalam proses siasatan ini dan selebihnya saya akan melakukan yang terbaik untuk menyelesaikan apa yang telah berlaku. Sekali lagi, dengan tulus dan ikhlas saya ingin memohon maaf atas apa yang telah terjadi.

Akhir kata, saya merayu kepada para wartawan agar tidak mengada-adakan cerita, menokoh tambah,memperbesarkan lagi perkara ini atau melaporkan berita tanpa fakta yang betul. Biarlah pihak polis menyelesaikan siasatan mereka dengan sebaiknya.

안녕하세요 정용화입니다. 지금까지 저에게 정말 하루하루가 무거운 시간들이었습니다. 제가 지금껏 말을 하지 못하고 침묵하고 있었던 것은 이 일에 대해 수사 중이고, 수사 중인 사건에 대해 제가 먼저 나서서 이야기하는 것은 옳지 않다고 판단했기 때문입니다. 이전에 올린 사과문에서 말씀드린 것처럼 결과적으로 규정에 위반된 것이 있다면 저에게 책임이 있는 부분이기 때문에 제 잘못이에 대해서는 여전히 깊이 반성중입니다. 그러나, 이 사건에 대해 많은 오해를 하시고 있는 부분에 대해서는 말씀을 드리고 싶습니다. 이번 사건은 학과인 응용예술학과 대학원 (실용음악) 박사과정 입시와 관련된 사건입니다. 실용음악과 같은 예술분야 대학원 박사과정에서는 교수님이 지원자의 포트폴리오 등을 통해 활동내역이나 작품성을 알 수 있기 때문에 면접도 교수님 재량에 따라 시행하는 경우가 많은 것으로 알고 있었습니다. 저는 대학원에 들어가기 전에 작업실에서 교수님을 만나 제가 작업하고 있는 곡들과 발매했던 곡들도 들려드리고, 장래 계획 등에 대해 말씀을 나누었습니다. 면접은 교수님 재량으로 진행할 수 있는 것으로만 생각하고 모집요강을 제대로 확인해 보지 않은 것이 저의 과실이며 반성을 하고 있습니다. 또한, 제가 학업에 관심도 없으면서 군입대를 연기하려고 박사과정을 취득하려고 한 것이 아니냐는 의혹은 절대 사실이 아닙니다. 저는 당연히 대한민국 국민이자 대한민국의 한 남자로서 국방의 의무를 충실히 수행해야한다고 생각하고 있으며 이전부터 늘 많은 매체와의 인터뷰에서 군입대에 대해서 인터뷰를 해왔습니다. 제가 입학한 대학원 박사과정 응용예술학과는 제 전공인 실용음악학과이며, 재즈음악에 대해서 심도 있게 배우는 학과입니다. 저는 곡을 만들고 노래하는 직업인 가수로서 박사과정을 진학을 하면서 제가 전공하고 있는 분야를 더 배우고 싶은 마음으로 지원을 했던 것입니다. 그리고, 제가 군대로 도망간다고 하시는 분들도 있습니다. 저는 절대로 도망가는 것이 아닙니다. 군대는 절대로 도망을 가는 대피처가 될 수는 없습니다. 당연히 가야하는 국방의 의무이며, 저도 대한민국의 국민으로서 국방의 의무를 충실히 수행해야 한다고 항상 생각해 왔습니다. 이번 계기를 통해 입대하여 다시 한번 지금의 저를 되돌아 봐야할 시기라고 생각하였습니다. 사실, 이 일이 누구의 잘못이다, 누구의 탓이다가 중요한 것이 아니고, 저는 제가 잘못한 부분에 있어서 무조건적으로 죄송하고, 깊게 뉘우치고 있으며 다시는 이런 실수를 하지 않도록 최선을 다 할 것이라 다짐하고 있습니다. 그리고 저로 인해 피해를 입은 동료 연예인들에게도 죄송하다는 말씀을 드리고 싶습니다. 앞으로 남은 검찰 조사에도 충실히 임할 것이며, 일부 사실과 달리 왜곡된 부분은 충분히 소명하도록 노력 하겠습니다. 다시 한 번 사죄의 말씀을 올립니다. 마지막으로 사실이 아닌 부분에 대해서 왜곡하거나 자극적인 기사를 내지 않도록 간절히 부탁드립니다.

A post shared by 정용화 (@jyheffect0622) on

 

Komentar

comments

You may also like...