/“Ji Yong, jaga diri!” – T.O.P dan satu pelukan kasih sayang iringi pemergian G-Dragon

“Ji Yong, jaga diri!” – T.O.P dan satu pelukan kasih sayang iringi pemergian G-Dragon

Phillip Chun, pengerusi Kumpulan Paradise, telah berkongsi beberapa keping gambar G-Dragon BIGBANG yang mengambil peluang untuk mengucapkan selamat tinggal kepada T.O.P sebelum mendaftarkan diri dalam tentera.

Lihat juga: Kekedingan G Dragon tak halang beliau hadapi latihan ketenteraan yang keras mulai hari ini

Foto-foto tersebut seperti diambil ketika G-Dragon dalam perjalanan ke pusat latihan rekrut 3rd Infantry Division yang terletak di Cheorwon, Wilayah Gangwon, di mana G-Dragon akan menjalani latihan asas selama lima minggu sebelum menerima tugas ketenteraannya.

Boleh dilihat  rambut G-Dragon kini dipotong mengikut syarat seorang rekrut ketika dia dan TOP mengambil gambar ditempat duduk belakang sebuah kereta.

Dua keping foto ini menunjukkan G-Dragon dan T.O.P saling berpelukan.

Phillip Chun juga berkongsi foto di hadapan pintu masuk pusat latihan “Skull White” dan sebotol wain pemberian  T.O.P  atau nama sebenarnya Seung Hyun sebagai hadiah kepada G-Dragon. Tertera satu mesej di depan botol wain itu yang tertulis, “Kepada Ji Yong yang saya sayangi [nama sebenar G-Dragon], jaga diri dan semoga selamat kembali. Saya sangat menyayangi kamu. Dari Seung Hyun. “

G-Dragon telah mendaftar dalam tentera pada 27 Februari dan dijadualkan akan menamatkan tugasnya pada 26 November 2019.

sumber : Naver | IG Philip

Komentar

comments