/Jang Hyuk, Jun Ho & Jung Ryeo Won sah bersaing sebagai tukang masak restoren Cina dalam SBS Greasy Melo

Jang Hyuk, Jun Ho & Jung Ryeo Won sah bersaing sebagai tukang masak restoren Cina dalam SBS Greasy Melo

Hangat sebentar tadi apabila Jang Hyuk, Jung Ryeo Won dan 2pm Jun Ho dikatakan telah menerima tawaran membintangi drama terbaru SBS berjudul “Greasy Melo” yang memperihalkan kisah tentang tukang masak terkenal yang terpaksa berpindah ke restoren cina yang terpencil dan usang. Setakat ini, tawaran berkenaan masih dipertimbangkan secara positif.

Lee Jun Ho akan memegang watak sebagai tukang masak yang penuh dengan sifat ego seperti beliau pernah pamerkan dalam KBS Chief Kim sebelum ini manakala Jang Hyuk pula sebagai penyangak yang baru dibebaskan daripada penjara, dan berubah menjadi tukang masak mengikut acuan tersendiri berpandukan pengalaman sebagai bekas penyangak sebelumnya. Menurut laporan, Jung Ryeo Won pula akan memegang watak sebagai seorang wanita dipanggil sebagai ‘udang manis’  yang tak menerima sebarang hadiah perkahwinan kerana diberi 300 juta won olehnya ayahnya. Dia seorang yang sangat lasak, suka bermain anggar dan menunggang kuda.

Jang Hyuk dan Jung Ryeo Won masing-masing pernah tercalon Best Actor dan Best Actress dalam CARI Kdrama Awards menerusi KBS Beautiful Mind dan KBS Witch Court manakala Jun Ho baru saja selesai membintangi drama jtbc Just Between Lovers beberapa minggu yang lalu. Namun, berita paling menarik sekali apabila nama penulis SBS Jealousy Incarnate, Seo Seok Yang yang mahir dalam sinikal komedi telah disebut sebagai penulis skrip untuk drama ini. Pasti satu kegembiraan yang besar buat peminat kdrama kerana dapat menyaksikan lelaki berlagak tapi tampak ‘macho’ seperti Jo Jung Suk dalam Jealousy Incarnate dibawa oleh Lee Jun Ho untuk kali ini. Pengarah yang dipertanggungjawabkan ialah Park Sun Ho daripada SBS Suspicious Partner.


Drama SBS Greasy Melo ini dijadualkan tayangannya untuk slots Isnin-Selasa sebaik saja SBS Shall We Kiss First selesai disiarkan.

21 Mac 2018 – Ketiga-tiga pelakon di atas telah disahkan membintangi drama ini.

Sumber: is plus , OSEN , OSEN2

Komentar

comments

Admin Kmania.