Park Seo Joon Bintangi Drama Baru tvN – Adaptasi Siri Webtoon Popular

Park Seo Joon dikatakan bakal membintangi drama terbaru tvN yang mana dilaporkan ianya sebuah drama adaptasi siri webtoon popular What’s Wrong with Secretary Kim?

Sumber dari krew produksi What’s Wrong with Secretary Kim? telah mengesahkan Park Seo Joon akan berlakon dalam drama tersebut yang bakal ditayangkankan pada akhir Mei di tvN setiap hari Rabu dan Khamis.”

Drama What’s Wrong With Secretary Kim? adalah berdasarkan siri webtoon yang popular yang menggunapakai tajuk yang sama. Ia mengisahkan sebuah drama yang romantis mengenai seorang anak jutawan generasi ke-2  yang begitu sempurna tetapi narsistik (kecelaruan personaliti) dengan Legend of the world secretary nya iaitu Kim Mi So. Park Seo Joon akan memainkan watak sebagai Lee Young Joon, seorang yang begitu sempurna dalam segala hal dari segi statusnya, memiliki wajah yang kacak serta mempunyai IQ yang tinggi, tetapi sikap narsistik menjadikannya antara salah seorang yang sukar untuk  bekerjasama.

Bon Factory merupakan tulang belakang drama terbaru tvN ini. Produksi berkenaan telah menghasilkan beberapa drama hit sebelum ini, antaranya Master’s Sun,She was Pretty, dan Deserving of the Name. Park Seo Joon juga telah bekerjasama dengan Bon Factory sebelum ini menerusi drama She was Pretty dan sejak itu beliau dilihat sebagai hit-maker menerusi drama  Fight My Way, filem Midnight Runners, dan variety program tvN iaitu Youn’s Kitchen 2.

Drama ini akan diarahkan oleh Park Joon Hwa, yang sebelum ini telah bekerja dalam produksi drama Because This is My First Life, dan Let’s Eat.

Sumber : Naver

Komentar

comments

You may also like...