Kekedingan G Dragon tak halang beliau hadapi latihan ketenteraan yang keras mulai hari ini

Penyanyi solo G Dragon yang juga terkenal sebagai salah seorang ahli kumpulan boyband popular, BigBang   telah pun memulakan latihan ketenteraan di Bahagian White Skull , Kangwon Chelwon . Beliau telah dipanggil sertai bahagian itu pada waktu tengah hari hari ini tadi.

G Dragon tiba di hadapan pintu unit itu pada jam lebih kurang 1.45pm waktu Korea tadi dengan berbaju sejuk dengan memakai ‘hood’ hitam. Beliau dijangka keluar pada 2020 nanti.

Sebelum ini, timbul aduan daripada peminat-peminatnya yang sedikit risau dengan latihan ketenteraan unit itu yang keras dan akan membuatkan G Dragon mungkin sukar untuk hadapinya lagi-lagi dengan fizikal tubuhnya yang agak kurus keding.  Tapi, tampaknya G Dragon tetap juga sertainya pada hari ini.

Sumber: newsen

Komentar

comments

You may also like...