Berhadapan masalah Tiroid, Kim Yoo Jung berehat seketika

Kim Yoo Jung akan memberikan tumpuan yang lebih kepada kesihatannya selepas ini.Menurut kenyataan rasmi yang telah dikeluarkan oleh agensi pelakon terbabit awal hari ini, SidusHQ mendedahkan bahawa dia telah didiagnosis dengan hypothyroidism, yang merupakan keadaan di mana kelenjar tiroid tidak menghasilkan hormon tiroid yang cukup.

Mengenai drama Clean with Passion for Now yang akan datang, agensi tersebut berkata, “Selepas mengadakan sesi perbincangan dengan pihak produksi, kami membuat keputusan untuk memberi tumpuan kepada rawatan Kim Yoo Jung buat masa ini. Oleh kerana ia adalah satu projek drama yang telah dilakukan dengan penuh kesungguhan, semangat serta kecintaannya terhadap dunia lakonan, Kim Yoo Jung akan kembali menjalani penggambaran setelah keadaan kesihatannya kembali pulih. “

Agensi terbabit juga turut menyatakan, “Kami mengucapkan terima kasih kepada krew produksi drama kerana memahami situasi kesihatan pelakon yang menjadi keutamaan mereka dan terima kasih juga atas pertimbangan sewajarnya atas penjadualan semula penggambaran. Kami juga meminta maaf kepada para peminat yang telah menunggu drama tersebut. Sila berikan sokongan dan dorongan yang tidak berbelah bagi kepada Kim Yoo Jung agar dia dapat kembali semula dengan lebih sihat.”

Clean with Passion for Now pada asalnya dijadualkan untuk tayangan pada bulan April melalui JTBC.

Terdahulu, sebelumnya, portal berita melaporkan pelakon Kim Yoo Jung akan menjalani pembedahan tiroid dan akan berehat sehingga pulih sepenuhnya.

Mengulas lanjut perkara ini, sumber dari agensi pelakon tersebut memberitahu, “Kim Yoo Jung telah di bawa ke hospital kerana keletihan dan lemah kekuatan fizikal. Setelah menjalani pemeriksaan, pihak hospital mendapati bahawa Kim Yoo Jung berhadapan dengan masalah tiroid. “

Agensi itu menambah, “tahap tiroid yang dihidapi Kim Yoo Jung bagaimanapun tidak berada ditahap yang memerlukan pembedahan, tetapi dia akan terus fokus terhadap kesihatannya sepanjang proses rawatan.”

Sumber dari produksi drama terbaru lakonan Kim Yoo Jung Clean with Passion for Now juga mengulas, “Kami telah mendengar berita mengenai kesihatan Kim Yoo Jung, dan kami sedang meneliti serta memeriksa berkaitan perkara ini.”

sumber : Naver 1 | Naver 2

Komentar

comments

You may also like...