Mengaku bersalah atas tuduhan gangguan seksual, watak Jo Jae Hyun dalam drama Cross (tvN) akan ditamatkan

Pelakon Jo Jae Hyun, yang telah menghadapi tuduhan si pelaku gangguan seksual baru-baru ini, akhirnya telah mengeluarkan kenyataan rasmi beliau pada 24 Februari.

Baca juga : Edisi Tak Sangka : Pelakon Jo Jae Hyun disyaki pelaku gangguan seksual

Berikut adalah kenyataan rasmi beliau ;

Ini adalah Jo Jae Hyun. Desas-desus pertama mengklaim seorang pelaku adalah merupakan seorang pelakon, yang juga seorang pemilik teater yang secara paksa mencium seorang krew wanita setelah membuatnya duduk di atas pangkuan saya. Apabila khabar angin ini tersebar, saya bercadang untuk menjelaskan perkara ini  kerana terdapat perbezaan cerita yang disampaikan dengan kebenaran yang sebenarnya. Namun, tidak lama selepas itu, saya telah diwawancara oleh beberapa individu sehinggakan menimbulkan  syak wasangka serta kekeliruan yang berbeza. Saya terkejut kerana saya tidak mengingati perkara tersebut dengan jelas. Fikiran saya sangat bercelaru ketika itu dan hanya fikir ianya hanya fitnah semata. Beberapa media telah mengeluarkan pelbagai versi mengenai spekulasi ini, jadi saya berharap ia akan berakhir. Saya banyak menghabiskan masa saya kini dengan memikirkan bagaimana saya boleh bertindak mealukan perkara yang paling memalukan ini.  Saya diibaratkan sebagai seorang penjenayah besar kerana cuba mengelak untuk membuat keputusan yang sewajarnya dan cuba untuk menafikan perbuatan jijik saya ini. Saya mengaku semuanya  dan saya telah menjalani kehidupan yang tidak sewajarnya. Sepanjang karier lakonan saya selama 30 tahun, saya telah banyak membuat kesilapan dengan kata-kata dan perbuatan tidak bermoral terhadap rakan sekerja saya, para kakitangan  dan junior-junior saya. Saya sangat berdosa.  Saya menundukkan kepala dengan penuh kekesalan dan memohon maaf kepada mangsa yang menderita akibat perkara ini.  Saya merancang untuk menamatkan segalanya. Saya tidak akan cuba untuk fikir akan keadaan diri lagi dan saya tidak akan sesekali akan mengelak. Saya bersedia melepaskan kerjaya lakonan saya. Mulai saat ini, saya akan melihat kembali kehidupan saya dengan penuh rasa penyesalan terhadap mangsa kejadian. Saya sangat malu dan saya mohon maaf.

Wakil produksi tvN untuk drama Cross juga telah mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung dengan lakonan pelakon ini dalam drama tersebut. Wakil tersebut menyatakan, “Pemergian Jo JAe Jyun dari drama Cross ini adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Kami akan cuba untuk menamatkan wataknya dari drama ini secepat mungkin. Kami akan cuba buat yang terbaik untuk para penonton dan kami memohon maaf di atas segala kesulitan yang terjadi. “

sumber : Naver 1 | Naver 2

Komentar

comments

You may also like...