/Drama Absolute Boyfriend versi Korea? 

Drama Absolute Boyfriend versi Korea? 

Drama Absolute Boyfriend versi Korea?

Drama Absolute Boyfriend adalah sebuah drama Hit Jepun yang telah dikeluarkan pada tahun 2008. Drama ini merupakan drama adaptasi siri manga dengan tajuk yang sama karya Watase Yuu. Ianya mengisahkan adalah tentang robot (Hayami Mokomichi) yang telah diprogramkan untuk menjadi sorang kekasih yang sempurna. Riiko Izawa (Aibu Saki) adalah seorang wanita yang begitu teringin untuk memiliki teman lelaki, dan dia akhirnya memiliki robot tersebut yang dikenali sebagai Night Tenjo. Bagaimanapun, ianya bakal mewujudkan situasi percintaan tiga segi apabila seorang lelaki dipejabat Riiko juga menaruh perasaan terhadapnya.

Wakil OCN memberikan maklumbalas berkaitan perkara ini,  “Kami kini dalam proses perbincangan untuk menghasilkan remake drama Jepun, Absolute Boyfriend.”

Dikabarkan, drama remake ini akan diberikan judul Romantic Comedy King di mana penulis drama Mirror of the Witch, Yang Hyuk Moon, akan menulis skrip drama tersebut.

Drama Absolute Boyfriend sebelum ini pernah dihasilkan dalam versi Taiwan yang diberi judul Absolute Darling yang telah ditayangkan pada tahun 2012.

sumber : Naver | newsen

Komentar

comments