Kumpulan Highlight rancang ‘enlist’ khidmat ketenteraan bersama-sama

Kumpulan Highlight yang dianggotai oleh Yoon Doo Joon, Yong Jun Hyung, Yang Yoseob, Lee Gikwang dan Son Dongwoon merancang untuk mendaftarkan diri ke program khidmat ketenteraan secara serentak. Kesemua mereka kini menghampiri umur 30 tahun. Doojoon dan Junhyung kini berumur 29 tahun, Yoseob dan Gikwang 28 tahun serta Son Dongwoon 27 tahun.

Baru-baru ini Lee Gikwang telah diundang ke episode Radio Star pada 21 Februari yang lalu. Dia juga turut menyatakan “tidak lama lagi kami akan menyambut ulang tahun yang ke-10. Dalam pada sambutan ke-10 kami, kami juga memikirkan untuk mendaftar bersama ke program khidmat ketenteraan.”

Lee Gikwang menyambung, “Kami tidak keberatan seandainya kami ditugaskan dikawasan  yang berbeza, asalkan ia tertakluk  dalam suatu masa yang sama untuk kami berlima. Bagaimanapun ianya masih dalam perancangan. Tambahan pula, belum pernah senior-senior kami berbuat demikian.”

MC Kim Gook Jin juga turut menyatakan ianya suatu perancangan yang hebat kerana kesemuanya dapat menamatkan khidmat ketenteraan pada masa yang sama. Namun, Cha Tae Hyun berkata, “Lebih baik anda meyakinkan Dongwoon.” Son Dongwoon, yang merupakan ahli kumpulan paling yang muda dan oleh itu, dia tidak perlu mendaftar sesegera yang lain. Menurut Kim Gura, Son Dongwoon baru-baru ini mengatakan jika dia menjadi pengacara tetap di Radio Star, dia akan mandaftar masuk kemudian dan jika sebaliknya, dia akan mandaftar ikut mendaftar empat yang lain.

Mengakhiri program tersebut, Lee Gikwang tertawa dan berkata, “Terima kasih kerana sangat prihatin dengan Dongwoon. “

Buat masa kini, Yoon Doo Joon sedang menbintangi sebuah drama terbitan KBS yang bertajuk Radio Romance yang ditayangkan setiap hari Selasa dan Rabu (siaran Malaysia). Drama ini menggandingkan Doo Joon bersama Kim Soo Hyun, Yoon Park dan juga Yura.

Baca : Radio Romance (KBS) dan dari B2st ke Highlight

Manakala Yang Yo Seob pula kini giat mempromosikan album solo beliau yang terbaru. Baca juga : Selepas Lee Gikwang, Yang Yoseob pula comeback dengan projek solo 

sumber : Naver

Komentar

comments

You may also like...