/Ji Sung & Han Ji Min disatukan sebagai pasangan sehidup semati dalam tvN Wife That I Know

Ji Sung & Han Ji Min disatukan sebagai pasangan sehidup semati dalam tvN Wife That I Know

Ji Sung dan Han Ji Min telah menyatakan persetujuan untuk membintangi drama fantasi terbaru tvN berjudul Wife That I Know sebagai suami isteri yang bakal mendapat sentuhan PD Lee Sang Yeob, pengarah yang pernah mendapat pencalonan Best Director 5th Cari Kdrama Awards menerusi drama MBC Shopping King Louis lepas.

tvN Wife That I Know akan mempaparkan kisah rumah tangga bermasalah yang dihadapi oleh pasangan Cha Joo Hyuk (lakonan Ji Sung) dan Seo Woo Jin (lakonan Han Ji Min) setelah selama lebih lima tahun melayari bahtera bersama. Cha Joo Hyuk bekerja sebagai agen sebuah bank tempatan tetapi disebabkan kos hidup semakin meningkat dengan gaji sedikit menyebabkan beliau tersepit dalam memberikan kebahagiaan kepada satu-satunya isteri tercinta, Seo Woo Jin. Seo Woo Jin pula bekerja untuk membantu menyara hidup mereka sekeluarga.

Pada satu hari, sesuatu yang tak terjangka berlaku atas pilihan dibuat oleh Cha Joo Hyuk. Cha Joo Hyuk seolah-olah melintas ke masa hadapan di mana  dia berada dalam dirinya yang mengecapi bahagia bersama Seo Woo Jin seperti yang diimpikannya selama ini.  tvN tak pernah terlepas dalam genre fantasi bertemakan “time travel” seperti mereka lakukan dengan drama “Tomorrow With You”  juga menggunakan konsep mengubah kehidupan rumah tangga bermasalah sebelum ini. Namun, dikatakan penulis skrip Yang Hee Sung yang pernah dicalonkan Best Screenplay 3rd CARI Kdrama Awards ini membawakan versi berbeda sehingga  membuatkan kedua-dua pelakon, Ji Sung, pemenang 2 kali Best Actor dan Han Ji Min terus bersetuju tanpa kompromi. Selain tvN Oh My Ghost, Yang Hee Sung turut menulis drama MBC Weightlifting Kim Bok Joo yang mendapat penghargaan daripada peminat atas keikhlasan cinta ditonjolkan Bok Joo (Lee Sung Kyung) dan Nam Joo Hyuk.

tvN Wife That I Know akan disiarkan pada pertengahan tahun 2018.

Sumber: OSEN sport chosun  

Komentar

comments

Admin Kmania.