Edisi Tak Sangka : Pelakon Jo Jae Hyun disyaki pelaku gangguan seksual

Wah, betul-betul tak menyangka pelakon popular “J” yang dimaksudkan dalam artikel sebelum ini kemungkinan adalah pelakon Jo Jae Hyun. Sebelum ini media telah melaporkan pelakon “J” tersebut telah melakukan gangguan seksual terhadap seorang krew wanita sehinggakan membawa spekulasi bahawa “J” yang diperkatakan adalah Jo Jae Hyun.

Isu ini semakin mendapat perhatian ramai apabila pelakon Choi Yul tampil membuat tuntutan gangguan seksual terhadap  Jo Jae Hyun.

Photo credited to soompi.com

Baca : Siapa gerangan Pelakon Popular yang disyaki lakukan gangguan seksual?

Sebagai sebahagian daripada program “Me Too” yang semakin mendapat perhatian dalam industri hiburan Korea, pelakon Choi Yul turut mengambil bahagian dan tampil bercakap mengenai Jo Jae Hyun.  Program “Me Too” adalah satu program di mana mangsa-mangsa gangguan seksual diberikan galakan untuk tampil ke hadapan dan memberitahu kejadian yang telah menimpa mereka. Ini adalah satu usaha untuk mengelakkan mangsa daripada terus murung dan mungkin melakukan sesuatu yang tidak dijangka. Program ini juga bertujuan untuk mengembalikan kekuatan mereka untuk meneruskan kehidupan secara positif.

Pada 23 Februari ini, Choi Yul telah memuat naik screen shot profile  Jo Jae Hyun di Instagram peribadinya dengan kapsyen, “Saya menunggu masa untuk mendedahkan anda tetapi ianya berlaku  lebih awal daripada jangkaan saya. Ini hanya permulaan. Terdapat ramai lagi orang seperti anda di luar sana. Saya tidak boleh mengatakan dengan lebih lanjut ketika ini kerana banyak perkara yang perlu saya fikirkan,  tetapi sehinggalah tiba harinya semua pelaku gangguan seksual tiada lagi, #metoo #withyou. “

Perkongsian Choi Yul diinstagram itu bagaimanapun telah dipadam. Tetapi sumber dari agensi Jo Jae Hyun menyatakan bahawa mereka kini sedang memastikan perkara ini dengan pelakon tersebut untuk mengetahui samada tuntutan Choi Yul itu adalah benar atau sebaliknya.

Jo Jae Hyun adalah pemenang bagi kategori Best Supporting Actor menerusi drama Punch pada Anugerah CariKdrama ke-4. Terbaru drama terbaru Jo Jae Hyun disamping Go Kyung Pyo and Jun So Min bertajuk Cross kini sedang disiarkan pada setiap Isnin dan Selasa di tvN.

Sumber : Naver 1 | Naver 2 | Naver 3

 

Komentar

comments

You may also like...