So Ji Sub kembali dengan MBC “Terius Behind Me” selepas 2 tahun

So Ji Sub dilaporkan akan kembali dengan drama baru MBC berjudul “Terius Behind Me” diarahkan oleh PD muda yang terkenal mini siri “Romance Full of Lies” sebelum ini iaitu Park Sang Hun.  So Ji Sub dikatakan sedang membuat pertimbangan akhir tentang tawaran yang diberikan.

Tiada maklumat lanjut tentang sinopsis drama ini yang mana masih dirahsiakan lagi oleh pihak produksi setakat ini. Ia ditulis oleh penulis skrip MBC Shopping King Louis, Oh Ji Young yang agak diterima secara positif dalam kalangan peminat kdrama Malaysia pada tahun 2016 sehingga berjaya meraih pencalonan Drama of The Year dan teraju utamanya, Seo In Guk berjaya meraih pencalonan Best Actor. MBC Shopping King Louis dipuji di atas keberkesanannya menyerlahkan cinta dua darjat berbeza luar daripada aspek klise yang selalu dimainkan kdrama sebelum ini.

Seperti diulas oleh ahli Majlis Pengkritik Kdrama Malaysia, amany, Shopping King Louis idea tentang kisah chaebol yang hilang ingatan di samping kegemarannya yg suka berbelanja mewah sehinggalah digelar Shopping King mungkin kedengaran biasa-biasa saja pada mulanya tapi memberikan pulangan yang menarik di penghujung cerita.  Maka, kita dapat menyaksikan watak So Ji Sub diolah dalam versi “Shopping King Louis”  tipikal komedi yang berbeda dengan taruhan beliau sebelum ini menerusi drama SBS Master’s Sun dan KBS Oh My Venus.

MBC Terius Behind Me akan ditayangkan pada pertengahan tahun 2018. Pihak produksi belum mengumumkan siapa yang bakal menjadi suri hati pelakon tampan ini sebagai heroin drama berkenaan.

Sumber: OSEN, is plus

Komentar

comments

You may also like...