Disyaki beri layanan spesial kepada selebriti, Universiti Kyung Hee jadi perhatian Menteri Pelajaran Korea

Universiti Kyunghee kini masih lagi disiasat kerana disyaki memberikan perhatian serta layanan yang istimewa kepada Jo Kwon dan Jung Yong Hwa.

Pada 12 Februari lepas, sumber dari Universiti Kyunghee berkata, “Kementerian Pelajaran telah mula menyiasat sejak 9 Februari kerana kontroversi yang terjadi baru-baru ini. Siasatan itu dijangka berterusan sehingga 14 Februari dan pihak universiti akan terus memberikan kerjasama untuk membantu siasatan. “

Sebelum ini, Kementerian Pelajaran menyatakan bahawa mereka akan memantau kontroversi mengenai tuduhan terhadap kemasukan Jung Yong Hwa ke program kedoktoran di Universiti Kyunghee. Bagaimanapun, sejurus selepas itu timbul pula isu bahawa Jo Kwon juga didakwa diberikan layanan istimewa oleh universiti terbabit dan akhirnya Kementerian Pelajaran buat keputusan untuk menyiasat universiti itu.

Jung Yong Hwa dan Jo Kwon terpalit dengan isu dakwaan yang dikatakan mendapat layan istimewa pada  dalam dakwaan r 17 Januari dan 6 Februari lalu. Tuduhan terhadap Jung Yong Hwa adalah berkaitan dengan proses temu duga dan kemasukannya ke  program kedoktoran  Universiti Kyunghee dalam applied arts. Tuduhan terhadap Jo Kwon pula berkaitan ijaah yang diperolehinya berkaitan seni persembahan  menganggap proses di mana dia memperoleh ijazah induknya dalam seni persembahan dari Kyunghee University’s Art Fusion Design Graduate School.

FNC Entertainment selaku agensi Jung Yong Hwa telah menerangkan proses  kemasukan Jung Yong Hwa dan menafikan berbuat demikian untuk melambatkan pendaftaran memasuki khidmat ketenteraan. Ini antara kenyataan rasmi agensi berkenaan.

Jung Yong Hwa dan seorang wakil dari agensi kami baru-baru ini disiasat oleh polis untuk kemasukkan ke program kedoktoran dalam Seni Gunaan (focusing on the research and development of practical music production). Pihak universiti telah mempelawa beberapa kali supaya Jung Yong Hwa memohon, jadi Yong Hwa telah memohon semasa tempoh pengambilan tambahan pada Januari 2017 dan diterima.

“Disebabkan idol dan selebriti popular terikat dengan persembahan dan sentiasa sibuk, agensi kami menguruskan semua jadual mereka dan selebriti hanya tinggal untuk mengikutinya. Dalam Kes Yong Hwa ini, kami terpksa menguruskan segalanya termasuk permohonannya ke universiti.

Sehingga perkara ini menjadi isu, kami fikir dia diterima masuk melalui proses temuduga biasa, dan Jung Yong Hwa berfikiran yang sama. Yong Hwa mengikuti jadual kami dan menghadiri temuduga.

Jung Yong Hwa telah disiasat oleh polis dan kami sama sekali tidak mempunyai niat untuk melanggar peraturan universiti, kami sangat menyesal kerana telah menyebabkan kontroversi terjadi. Sejak isu ini, Jung Yong Hwa telah bercuti dari mengikuti program kedoktorannya.

“Untuk lebih penjelasan, Jung Yong Hwa telah memohon program kedoktoran Seni Gunaan pada musim sejuk 2016 tetapi gagal kerana kesilapan dalam proses permohonan. Walau bagaimanapun, disebabkan program ini berhadapan dengan kekurangan pemohon, pihak universiti mencadangkan dia memohon semula semasa tempoh pengambilan tambahan pada Januari 2017. Profesor yang bertanggungjawab terhadap program itu juga mahukan lebih ramai pemohon.

Tempoh pengambilan tambahan Januari 2017 tidak begitu kompetitif, jadi hampir semua pemohon telah diterima. Ia bukanlah disebabkan  Jung Yong Hwamemasuki program tersebut kerana telah dapat layanan yang istimewa.  Kami tidak mempunyai alasan untuk dia melakukannya, lebih-lebih lagi dia seorang selebriti popular yang mana kerjayanya bergantung kepada reputasi orang ramai.

Jika kami mengetahui temuduga secara personal adalah salah dari segi peraturan universiti dan ianya hanya perlu dilakukan dikawasan universiti, kami akan menyusun jadual Yong Hwa sebaiknya, Kami tidak akan melakukan apa-apa yang boleh merosakkan reputasinya.

“Sebagai agensi yang menguruskan kerjaya Yong Hwa, kami mengambil tanggungjawab berkaitan isu ini, dan kami memohon maaf sekali lagi kerana menimbulkan kontroversi.”

Agensi Jo Kwon juga pernah memberi kenyataan balas terhadap isu yang dilemparkan kepadanya dan menegaskan Jo Kwon tidak bersalah. Jo Kwon sendiri juga pernah melahirkan rasa mengenai kontroversi ini.

Baca :Jo Kwon disyaki dapat layanan istimewa dari Universiti Kyung Hee

Sumber : Naver | hankyung.news

Komentar

comments

You may also like...