Mac depan menyaksikan Taeyang BigBang & Jung Yong Hwa CNBLUE jalani khidmat ketenteraan

Dua lagi idol yang akan meninggalkan industri seni demi melaksanakan tanggungjawab mereka kepada negara. Taeyang dan Jung Yong Hwa akan menjalani perkhidmatan ketenteraan selama dua tahun.

Dua hari lepas, YG Entertainment telah mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung dengan tarikh kemasukan G-Dragon untuk menjalani khidmat tenteranya. Kali ini giliran pengantin baru kita pula; Taeyang.

Pada hari ini, sekali lagi YG Entertainment mengeluarkan kenyataan rasmi yang sama. Menurut agensi tersebut Taeyang kini sudah bersedia untuk mendaftar sebagai askar aktif  pada 12 Mac depan. Bagaimanapun, G-Dragon terlebih dahulu akan mendaftar untuk jalani khidmat tenteranya pada 27 Februari ini. Beliau mengambil pendekatan untuk memasuki khidmat tentera secara senyap tanpa sebarang majlis rasmi.

Setelah G-Dragon dan Taeyang mengetahui mereka bakal memulakan khidmat tenteranya pada tahun ini, kedua-dua mereka telah mengambil peluang untuk bermesra dengan peminat masa ketika konsert Big Bang Disember lepas. <ereka juga berjanji dengan para peminat dengan menyatakan mereka akan bertemu lagi kelak. Sejak dari itu, G-Dragon mengambil peluang untuk beristirehat manakala Taeyang oula baru sahaja melangsungkan perkahwinannya dengan pelakon Min Hyo Rin pada 3 Februari lepas.

G-Dragon dan Taeyang akan menjadi ahli kedua dan ketiga dari kumpulan Big Bang yang akan memulakan perkhidmatan mandatori mereka.  T.O.P pula kini sedang menggalas tugas sebagai public service worker.

Bukan sahaja Taeyang yang akan memulakan khidmat tenteranya pada Mac depan, tetapi Jung Yong Hwa dari kumpulan CNBlue juga akan melakukan perkara yang sama.

Pada 26 Januari yang lalu, agensi Jung Yong Hwa; FNC Entertainment telah mengeluarkan kenyataan rasmi menyatakan, “Jung Yong Hwa telah menerima notis pendaftaran bagi menjalani khidmat ketenteraannya dan beliau akan mendaftar pada 5 Mac depan.”

Agensi itu terbabit turut memaklumkan, “Kami tidak dapat mengelak perkara ini dan kami terpaksa membatalkan semua konsert jelajah luar negara yang dijangka selepas konsert ‘2018 Jung Yong Hwa Live [Bilik 622]’ di Hong Kong. Kami berharap semua peminat  (domestik dan antarabangsa), yang telah menyokong Yong Hwa selama ini memahami situasi yang berlaku sekarang. Kami sangat menghargai anda. Agensi terbabit turut menyatakan bahawa mereka akan melakukan yang terbaik untuk memastikan ianya tidak menjejaskan peminat dengan yang mendedikasikan masa berharga mereka yang menunjukkan minat kepada Jung Yong Hwa, kerana pemahaman mereka. “Mereka menyatakan akan melakukan yang terbaik untuk memastikan ianya tidak menjejaskan para peminat.

“Kami juga akan buat  pengumuman berasingan mengenai ketiadaan Jung Yong Hwa dalam siri konsert CNBlue akan datang. Kami juga mohon sokongan anda supaya Jung Yong Hwa akan kembali semula dengan lebih sihat dan matang selepas menjalani perkhidmatan ketenteraannya.”

Namun begitu, pada  7 Februari,  FNC Entertainment sekali lagi mengumumkan bahawa Jung Yong Hwa  akan mengadakan pertemuan dengan peminatnya penggemarnya “Stay 622” di Universiti Korea pada 2 dan 3 Mac depan.

Pada sesi pertemuan ini, Jung Yong Hwa akan menghiburkan para peminatnya, menyatakan ucapan terima kasih di atas sokongan dan minat yang telah mereka tunjukkan kepadanya dan beramah mesra dengan mereka yang selama ini menyokong kariernya. Segala apa yang diterima pada hari tersebut akan didermakan untuk tujuan kebaikkan.

Sumber : naver | Naver | fnc | Naver

 

Komentar

comments

You may also like...