Lee Ha Na & Son Eun Seo bakal kembali bintangi sekuel VOICE dengan Kim Dong Wook?

Nampaknya sekuel drama OCN – Voice semakin menjadi kenyataan.

Pada 13 Februari yang lalu, wakil daripada OCN mengesahkan bahawa pelakon Lee Ha Na dan Son Eun Seo kini sedang mempertimbangkan untuk kembali membintangi sekuel VOICE.

Menyoroti November lepas, OCN telah mengesahkan bahawa pihak mereka sedang merancang sekuel drama thriller yang popular ini. Ini merupakan sinopsis drama Voice yang telah disiarkan pada awal tahun 2017 lalu

Voice mengisahkan seorang gadis yang bekerja di jabatan panggilan kecemasan, Kang Gwon Joo telah menyaksikan pembunuhan kejam yang berlaku ke atas isteri kepada pegawai detektif, Moo Jin Hyuk dan dalam pada masa yang sama, ayahnya juga turut menjadi mangsa pembunuhan tersebut. Penyiasatan yang seakan-akan cuba ditutup dengan menjadikan suspek lain sebagai kambing hitam sekaligus telah mendorong Kang Gwon Joo untuk menyiasat kembali kes berkenaan sebaik sahaja dia pulang dari Amerika Syarikat. Dia dibantu oleh Moo Jin Hyuk yang masih tak boleh menerima kenyataan kematian isterinya setelah bertahun-tahun berlalu. Penyiasatan demi penyiasatan dilakukan sehingga akhirnya membawa mereka menemui klu beberapa suspek yang mungkin terlibat. ‘Profiling’ suspek dikupas satu persatu untuk mengetahui apakah motif sebenar dan siapakah dia yang melakukannya tanpa rasa belas kasihan.

Baca juga : Status drama OCN Voice musim ke-2 masih tergantung; Jang Hyuk mungkin tak sertai

Pada hari yang sama juga, media melaporkan Lee Ha Na dan Son Eun Seo disahkan telah menerima tawaran untuk membintangi sekuel VOICE ini. Sudah pasti watak mereka akan lebih berkembang berbanding musim pertama. Namun Bagaimanapun sumber dari OCN memberitahu bahawa semuanya masih lagi dalam proses perbincangan dan pertimbangan.

Menurut sumber berita lain yang tidak didedahkan, Kim Dong Wook telah ditawarkan watak sebagai pelakon lelaki utama bagi menggantikan Jang Hyuk untuk musim pertama. Bagaimanapun, tiada pengesahan secara rasmi dibuat berkaitan perkara ini.

Sekuel drama Voice ini dijangka akan disiarkan pada tahun ini. Jika anda ingin menonton drama Voice musim pertama anda boleh membaca ulasan drama di Review: Voice.

sumber : Naver | NAver 2| Naver 3

Komentar

comments

You may also like...