/Selepas Lee Gikwang, Yang Yoseob pula comeback dengan projek solo

Selepas Lee Gikwang, Yang Yoseob pula comeback dengan projek solo

Setelah enam tahun berlalu menerusi , akhirnya Yang Yoseob kembali dengan projek solonya yang terbaru. Pada tahun 2012, Yang Yoseob pernah menghasilkan sebuah mini album bertajuk The First Collage. Kini beliau kembali dengan mini album keduanya dengan menggunapakai karakter  “白,” yang selalunya bermaksud Putih.

Umum mengetahui, bahawa Yang Yoseob antara idol yang mempunyai suara yang lunak dan merdu. Vokalnya juga sangat hebat. Mengikut jadual yang dikeluarkan oleh agensi beliau, Around Us Entertainment, mini album kedua Yang Yoseob akan dikeluarkan secara rasmi pada 19 Februari ini. Agensi terbabit juga berkongsi gambar yang memaparkan perancangan bagi projek terbaru Yang Yoseob ini.

Album mini ini akan memuatkan sebanyak lapan buah lagu, di mana kali ini istimewanya Yang Yoseob sendiri terlibat sebagai komposer serta penulis lirik untuk kebanyakkan lagu. Antara lagu ciptaan beliau sepenuhnya adalah A Place Without You.


track list bagi mini album terbaru Yang Yoseob

Around Us Entertainment juga telah berkongsi beberapa gambar menarik yang dimuatkan sempena album terbaru Yang Yoseob ini.

Dalam pada itu juga, Around Us Entertainment juga telah berkongsi sedutan lagu yang dimuatkan dalam mini album ini. Antara yang menarik dikongsikan adalah sebuah video berjudul His Log : The Beginning

Moving Posters

Sedikit sedutan lagu berjudul Star yang telah dikeluarkan pada 12 Februari lalu

Yang Yoseob juga sempat menyanyikan beberapa buah lagu yang dimuatkan dalam album terbarunya. Secara tidak langsung peminat boleh mengetahui apa yang boleh mereka dapatkan serta harapkan daripada album ini.

Sedikit sedutan lagu yang dimuatkan dalam album terbaru Yang Yoseob

Buat peminat Highlight, terutamanya Yang Yoseob, kehadiran album baru ini pastinya akan dapat mengubat rindu anda yang telah menunggu projek solo beliau.

Jadual menunjukkan bahawa Yang Yoseob akan berkongsi pratonton album pada 5 Februari, gambar konsep pada 6 dan 7 Februari, poster bergerak pada 8 Februari, senarai trek pada 9 Februari, dan banyak lagi. Lagu pra-rilis juga akan dikongsi pada 12 Februari.

Dia juga berkongsi video yang indah bertajuk “Log-Nya: Permulaan”! Semak di bawah.

Ini akan menjadi comeback solo pertama Yang Yoseob dalam tempoh enam tahun sejak dia membuat debut solo dengan album mini “The First Collage” pada tahun 2012.

Komentar

comments