Rain dan Kim Min Jung masing-masing setuju bintangi drama Sketch dan Mr. Sunshine

Nampaknya kedua-dua selebriti ini akhirnya setuju untuk menerima tawaran untuk membintangi drama terbaru mereka.

Pada lewat hari ini,  JTBC dan RAIN Company telah mengesahkan bahawa penyanyi serta pelakon Rain akan membintangi drama terbaru yang dijadualkan untuk tayangan pada musim panas depan. Rain dikatakan telah menolak tawaran tersebut pada awalnya, namun selepas rundingan semula dilakukan, nampaknya mereka berjaya.

Baca juga : Rain, pertimbangkan bintangi drama JTBC (action romance) – Sketch

Drama Sketch ini adalah drama pertama Rain dalam tempoh dua tahun selepas drama terbitan SBS Please Come Back, Mister . Skrip drama ini akan ditulis oleh Kang Hyun Sung, yang pernah bekerja untuk  Hidden Identity (tvN) , Chosun Police Season 3 (MBC) dan filem The King’s Case Note. Rain juga kini bertindak sebagai mentor bagi sebuah rancangan realiti pencarian bintang The Unit terbitan KBS. Drama Sketch ini bakal ditayangkan sekitar bulan Mei atau Jun depan.

Kim Min Jung pula setuju untuk mengisi kekosongan dalam drama Mr. Sunshine bagi menggantikan pelakon Kim Sarang. Kim Sarang mengambil keputusan untuk menarik diri ekoran berhadapan masalah kesihatan.

Baca juga : Kim Min Jung bakal ganti tempat Kim Sarang dalam Mr.Sunshine

Drama tvN ini hasil karya duo terhebat; penulis skrip Kim Eun Sook dan pengarah Lee Eung Bok. Kedua mereka ini merupakan orang kuat drama HIT Descendants of the Sun dan Goblin. Mr. Sunshine berlatarbelakangkan sekitar tahun  1900-an, serta dibintangi oleh Lee Byung Hun dan Lee Tae Ri yang mengisahkan seorang rakyat Korea kembali ke tanah air  sebagai seorang askar Amerika.

Mr. Sunhine dijangka akan ditayangkan pada bulan Julai.

Sumber : Naver | Naver | sedaily

Komentar

comments

You may also like...