/Lee Joon Gi bakal beraksi peguam gangster dalam drama terbaru tvN

Lee Joon Gi bakal beraksi peguam gangster dalam drama terbaru tvN

Memetik laporan media Korea, Lee Joon Gi bakal membintangi sebuah drama terbaru tvN bertajuk Lawless Lawyer untuk ditayangkan pada Mei depan. Perkara ini telah disahkan oleh agensi pelakon berkenaan; Namoo Actors di mana tawaran drama ini telahpun diterima Lee Joon Gi . Bagaimanapun,  pelakon terbabit masih lagi dalam pertimbangan biarpun agensinya menyatakan beliau kelihatan positif berkenaan tawaran tersebut.

Seandainya Lee Joon Gi bersetuju menerima tawaran ini, beliau akan melakonkan watak sebagai Bong Sang Pil. Bong Sang Pil merupakan seorang ahli kumpulan gangster sebelum menjadi seorang peguam.  Oleh sebab itu beliau tidak mempercayai undang-undang sepenuhnya kerana undang-undang baginya tidak ubah seperti buku manual perkakasan rumah. Beliau gemar menyelesaikan sesuatu perkara dengan cara sendiri tanpa bertuankan undang-undang.

Lawless Lawyer mengisahkan Bong Sang Pil yang cuba melawan undang-undang demi untuk membalas dendam ibunya. Dia merasakan undang-undang adalah kejam serta tidak adil dan sentiasa bertindak mengikut kehendak diri sendiri kerana beliau hanya mahu membalas dendam. Pelbagai perkara terjadi disaat beliau cuba untuk mencari keadilan. Skrip drama ini ditulis oleh Yoon Hyun Ho, yang pernah menghasilkan skrip untuk drama Remember , filem  I am a Father dan Confidential Assignment. Kim Min Jin yang pernah terlibat untuk drama Time Between Dog and Wolf, Pride and Prejudice, dan Marriage Contract akan mengarahkan drama ini.

Lawless Lawyer akan mula ditayangkan pada pertengahan bulan Mei depan.

sumber : Naver | Naver

Komentar

comments