Kim Min Jung bakal ganti tempat Kim Sarang dalam Mr.Sunshine

Aktress Kim Min Jung dilaporkan sedang mempertimbangkan tawaran untuk menggantikan tempat aktress Kim Sa Rang dalam drama Mr. Sunshine.

Pada awal hari ini, wakil dari tvN telah mengumumkan bahawa Kim Sa Rang akan mengundurkan diri dari membintangi drama Mr. Sunshine ekoran daripada masalah kesihatan. Mereka juga dikatakan dalam proses untuk mencari pengganti kepada Kim Sa Rang.

Baca juga : Bekas ratu cantik, Kim Sarang sertai tvN Mr Sunshine bersama Lee Byung Hun; Sedikit sinopsis mengenai Mr Sunshine

Tidak lama selepas itu, agensi Kim Min Jung mengesahkan bahawa aktres berkenaan sedang membincangkan secara optimistik untuk buat kemunculan dalam Mr. Sunshine. Mr. Sunshine merupakan koloborasi terbaru penulis skrip Kim Eun Sook dan pengarah Lee Eung Bok, di mana keduanya merupakan orang kuat dibalik tabir drama HIT Decendants Of The Sun dan Goblin.

Drama Mr. Sunshine ini bakal ditayangkan pada Julai depan dengan menampilkan bintang-bintang hebat termasuk Lee Byung Hun, Kim Tae Ri, Yoo Yeon Seok, dan Byun Yo Han.

sumber : news.nate

Komentar

comments

You may also like...