[Terkini] Gong Hyun Jung bertelingkah dengan PD SBS Return; akan digantikan dengan pelakon lain?

Bukan rahsia lagi apabila pelakon bertaraf A+ ini, Gong Hyun Jung dikatakan berselisih pendapat dengan pengarah drama lakonannya, Jo Dong Min yakni PD utama drama SBS Return yang sedang hangat ditayangkan sekarang ini. Berita sebelum ini pernah melaporkan bahawa beliau menghadapi kesulitan sehingga dimasukkan ke dalam wad hospital kerana tak hadir ke set penggambaran, tetapi dinafikan sekeras-kerasnya oleh Gong Hyun Jung.

“Saya memang singgah hospital sebentar untuk dapatkan ubat tapi bukan sebab penyakit kritikal atau kecederaan fizikal sehingga dimasukkan ke dalam wad. Saya tak boleh bagitahu sebabnya, maaf.”

Mengikut risikan dilakukan oleh sebilangan wartawan di sana ke atas pihak produksi drama Return, konflik pergaduhan antara mereka agak teruk dan sukar dicapai kata-kata persetujuan lagi antara mereka. Gong Hyun Jung dikatakan tak berpuas hati dengan hala tuju drama “Return” yang sepatutnya menumpukan dirinya sebagai watak utama yang memerangi ketidakadilan seperti dipersetujui oleh mereka sebelum ini, sebaliknya pengarah dan penulis skrip lebih menceritakan ketiga-tiga karakter pembunuh tersebut. Akibat daripada itu, Gong Hyun Jung memboikot dan tak hadir ke set penggambaran selama dua hari sebagai tanda protesnya ke atas pengarah berkenaan membuatkan situasi bertambah buruk. Mereka juga membincangkan kemungkinan untuk menggugurkan Gong Hyun Jung secara langsung daripada drama berkenaan, seterusnya digantikan pelakon lain dengan watak yang berbeza.

(Dari kiri) SBS Return dibintangi oleh Shin Sung Rook, Lee Jin Wook, Gong Hyun Jung, Park Ki Woong berbaju hijau, dan Yoon Hoo Joon.

Ini bukan kali pertama pelakon utama siri drama korea menghadapi konflik dengan pengarah. Pada tahun 2011 yang lepas, pelakon Han Ye Seul juga bertindak di luar batasan dengan meninggalkan set penggambaran sewaktu tayangan drama Spy Myung-wol kerana tak berpuas hati dengan keadaan kerja terlalu mendesak tetapi beliau akhirnya ‘mengalah’ dan meneruskan penggambaran seperti biasa.

SBS Return berkisarkan tentang seorang bekas peguam bernama Choi Ja-Hye (lakonan Gong Hyun Jung), yang akhirnya menjadi produser TV disebabkan suatu peristiwa menyedihkan berlaku ke atasnya. Beliau bertanggungjawab menyelia program tv yang akan mencari pembunuh sebenar yang disangkakan wujud dalam kalangan rakyat Korea tak kira golongan elit mahupun marhaen biasa. SBS Return berjaya memungut “ratings” tertinggi sepanjang disiarkan dengan memperoleh nilaian sebanyak 16.0% untuk episod 12 sekaligus memegang rekod rating drama mingguan tertinggi untuk awal tahun 2018. Kerana dibelungi dengan kontroversi ini, episod 13, 14, 15 dan 16 terpaksa ditangguhkan tayangannya sehingga kata putus dapat dipupuk antara Gong Hyun Jung dan pengarah tersebut, atau beliau terpaksa digantikan dengan pelakon lain.

Sementera itu, pelakon Lee Jin Wook, yakni merupakan pelakon drama ini juga telah dibebaskan daripada dakwaan seksual setelah mahkamah menjatuhkan hukuman terhadap pengadu kerana didapati menipu.

Sumber: tv report, OSEN, hankookilbo

Komentar

comments

You may also like...