/Jo Kwon disyaki dapat layanan istimewa dari Universiti Kyung Hee

Jo Kwon disyaki dapat layanan istimewa dari Universiti Kyung Hee

Terdahulu hari ini, dilaporkan bahawa Kyung Hee University sekali lagi disiasat kerana disyaki memberikan layanan yang istimewa dan tidak setimpal.

Baca juga : Siapa Idol Kpop lagi yang dapat layanan double standard dari Universiti Kyung Hee?

Menurut laporan dari SBS News, seorang idol Kpop telah menerima Ijazah Sarjana dari Kyung Hee University selepas menyerahkan video dengan prestasi yang kurang memuaskan sebagai ganti penyediaan tesis. Sewaktu melaporkan berita itu, SBS menggunakan foto album Jo Kwon sambil mengaburkan wajahnya, yang membawa kepada spekulasi bahawa idol yang diperkatakan itu kemungkinan Jo Kwon.

Agensi Jo Kwon, Cube Entertainment bagaimanapun memilih untuk berdiam diri berkenaan spekulasi ini, tetapi menurut sumber dari pihak Jo Kwon memberitahu OSEN bahawa Jo Kwon tidak bersalah dan tuduhan itu tidak benar.

“Dia merasakan ini tidak adil baginya. Jo Kwon mengikuti pengajian universitinya dengan tekun. Rakan kuliahnya mengetahui bahawa dia benar-benar berminat dengan pengajiannya. Ijazah Sarjana dimilikinya bukanlah didapati dengan mendapat layanan istimewa, “kata sumber itu.

Pihak Universiti Kyung Hee bagaimanapun masih lagi menjalankan siasatan berkaitan perkara ini.

sumber : naver

TAGS:

Komentar

comments